fbpx
Now Reading
Ini Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapatkan Permit Rentas Daerah/Negeri Semasa PKPB

Ini Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapatkan Permit Rentas Daerah/Negeri Semasa PKPB

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui hari ini merupakan hari pertama PKPB dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor.

Sehubungan dengan itu sebarang aktiviti merentas negeri mahupun daerah tidak lagi dibenarkan melainkan atas urusan kerja ataupun untuk tujuan kecemasan yang memerlukan anda mendapatkan kebenaran dari PDRM terlebih dahulu.

Bagi mereka yang bekerja mungkin hanya memerlukan pas kerja yang sah  (siap dengan alamat) atau mendapatkan surat kebenaran dari majikan/syarikat masing-masing namun bagaimana pula jika atas urusan lain?

4 kategori pemohon

Menerusi Facebook, PDRM telah berkongsi langkah-langkah yang perlu orang ramai lakukan bagi mendaptkan kebenaran tersebut dimana pemohon terdiri dari beberapa kategori iaitu :

  1. Individu dari kawasan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan
  4. 4dividu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Contoh keadaan mengikut kategori:

Dalam memudahan pemahamam orang ramai, PDRM telah memberikan beberapa contoh situasi kepada orang ramai seperti

SITUASI BAGI KATEGORI 2: Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.

SITUASI BAGI KATEGORI 3: Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.

Foto : Sayuti Zainudin/Malaymail


Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Jadi bagaimanakan jenis borang tersebut dan dimanakah anda boleh mendapatkannya?

Contoh borang tersebut adalah seperti di bawah, anda bagaimanapun boleh memuat turunnya di sini atau terus ke link https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf atau terus ke balai berhampiran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.