fbpx
Now Reading
Soalan Terjawab, Suspek Datuk Seri Macau Scam Lolos Dengan Bantuan Bodyguard, Naik Myvi

Soalan Terjawab, Suspek Datuk Seri Macau Scam Lolos Dengan Bantuan Bodyguard, Naik Myvi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai suspek utama kes Macau Scam yang berjaya melarikan diri dari pihak polis dengan memanjat pagar belakang SPRM

Ramai yang merasakan ianya kedengaran tidak logik sehingga ada suara-suara yang timbul seolah mempertikaikan kewibaan penguatkuasa di Malaysia

Namun semua ini terungkai apabila Harian Metro melaporkan, suspek yang bergelar Datuk Seri berjaya melarikan diri dengan bantuan dua pengawal peribadinya

Berlaku selepas 9 suspek dilepas reman

Difahamkan  pada 11 Oktober lalu, sembilan suspek yang dilepas reman, dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Akan tetapi, setibanya mereka di sana, kehadiran sekumpulan anggota polis di lobi utama pejabat SPRM menyebabkan kesemua mereka enggan keluar dari kereta masing-masing

“Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarga suspek juga hadir untuk proses jaminan.

“Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurut sumber itu lagi hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk tidak berkumpul di sana sebaliknya menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

“Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

4 Velfire jemput suspek

“Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek ditangkap semula polis.

“Walau bagaimana pun salah seorang seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, “katanya.

Menurutnya, suspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

Suspek menyelinap keluar dari kenderaan dan lari ke pagar sisi

Jelasnya kenderaan berkenaan kemudian bergerak menuju ke pintu pagar utama, namun sebelum tiba ke pintu tersebut suspek berjaya menyelinap keluar dari kenderaannya

Jelasnya lagi, pihak polis hanya menyedari keadaan tersebut selepas suspek sudah berjaya meloloskan diri

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri.

Lari dengan bantuan dua bodyguard dan menaiki sebuah myvi ‘standby’ di luar

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

“Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.