fbpx
Now Reading
“Pilihan Bijak!” – Netizen Teruja Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

“Pilihan Bijak!” – Netizen Teruja Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/uitmrasmi/photos/a.218053605211098/1291013937915054/?type=3&tn=-Rhttps://www.instagram.com/p/CGZfNpDJQ7K/

Pereka fesyen dan usahawan kesayangan ramai , Datuk Rizalman Ibrahim difahamkan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa, 9 Oktober lalu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh laman Facebook rasmi UITM pada petang jumaat.

Rizalman yang merupakan alumni universiti berkenaan dalam bidang seni lukis dan seni reka fesyen turut berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya.

“Saya pasti berkhidmat selagi diperlukan”

Menerusi ruangan kapsyen ikon fesyen itu berjanji akan terus berkhidmat selagi dia bakat dan kudratnya diperlukan apatah lagi statusnya sebagai alumni di UiTM

“Saya berjanji selagi hayat terkandung (badan) sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT…saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat (kudrat),” tulisnya.

Yang menariknya perkongsian dari kesemua laman tersebut tersebut nyata menarik minat orang ramai yang dilihat begitu menyambut baik pelantikan Rizalman baik dari kalangan pelajar UiTM, alumni juga peminat pereka fesyen berkenaan

Jelas mereka, perlantikan Rizalman adalah satu penghormatan besar malah begitu bersesuaian dengan kredibilitinya.

Malah ramai merasakan dia adalah calon paling layak untuk dilantik sebagai Ahliu lembaga pengarah UiTM

Pilihan bijak

Ini yang kami mahukan, seorang alumni UiTM

Malah ada yang berpendapat UiTM sentiasa mendengar suara yang dibangkitkan alumni dan pelajar mereka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.