Adaptasi Dari Kisah Sebenar, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Cleveland Abduction

Buat penggemar movie, pasti anda tahu ada banyak filem yang diadaptasi dari kisah benar.

Ada yang berkisarkan sejarah, perang zaman dahulu, kejayaan seseorang individu atau kumpulan dan banyak lagi.

Semua ini pada tanggapan kami adalah filem biasa, namun bagaimana pula dengan filem bergenre thriller yang kejam dan ganas yang diambil dari kejadian sebenar.

Mesti seram bukan? Tak terbayang bagaimana perasaan mangsa sebenar kejadian tersebut berlaku

Jadi untuk kali ini l, kami ingin bercerita mengenai Cleveland Abduction, sebuah filem yang diadaptasi dari satu kejadian penculikan yang pernah berlaku di Amerika Syarikat suatu masa dahulu.

Kisah penculikan 3 gadis oleh lelaki bertopengkan syaitan

Sama seperti di dalam filem, filem ini berkisar mengenai 3 orang wanita yang menjadi mangsa seorang iblis bertopengkan manusia di Cleveland, Ohio Amerika Syarikat.

Diseksa dan dijadikan hamba seks lebih 10 tahun

Ariel Castro bukan hanya menculik ketiga-tiga gadis tersebut malah bertindak menyeksa fizikal dan mental mereka.

Bahkan dia menjadikan mereka bertiga sebagai hamba seksnya di sebuah rumah yang beralamat di 2207, Seymour Avenue, Cleveland Ohio selama satu dekad – satu perkara yang pastinya menakutkan mana-mana manusia.

Google kaburkan pandangan rumah sehingga kini

Disebabkan kejadian ini, syarikat Google telah bertindak mengkaburkan pandangan rumah berkenaan dari aplikasi navigasi mereka iaitu Google Maps dan Google Street View.

Kantoi selepas seorang mangsa dapat larikan diri

Tindakan kejam Ariel ini hanya dapat dihidu 10 tahun kemudiannya, selepas seorang dari mangsa iaitu Amanda Berry berjaya menghubungi polis pada 6 Mei 2013.

Selain Amanda, dua lagi mangsa yang turut berada di dalam rumah itu adalah Michelle Knight (mangsa pertama) dan Georgina Dejesus (mangsa ketiga) dan mereka semua telah diculik di antara tahun 2002 hinggalah ke 2004.

Latar belakang mangsa

1. Amanda Berry

Amanda Berry merupakan mangsa kedua yang diculik Ariel. Sewaktu diculik Amanda dilaporkan berumur 17 tahun.

Dia yang merupakan kenalan Ariel difahamkan telah dihampiri Ariel semasa dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja. Dia kemudiannya bersetuju untuk menumpang lelaki itu untuk pulang sebelum diumpan oleh Ariel untuk singgah ke rumahnya dengan alasan anak gadis Ariel mahu berjumpa dengannya.

Tiba di sana, dia diikat menggunakan rantai besi pada sebatang paip dalam bilik yang gelap gelita.

Rantai yang digunakan untuk mengikat salah seorang dari mangsa Foto : Reuters

Amanda juga orang yang berjaya menghubungi polis seterusnya membongkarkan segala perilaku tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Ariel Costa.

2. Gina DeJesus

Mangsa termuda diantara mereka bertiga,  Georgina Lynn DeJesus hanya berumur 14 tahun ketika diculik. Kesnya menjadi perhatian masyarakat berbanding dua lagi mangsa memandangkan umurnya yang terlalu muda.

Gina sebenarnya merupakan rakan kepada seorang anak kandung Ariel yang bernama Arlene. Mengganggap Ariel adalah ayah rakannya, Gina menerima pelawaan Ariel untuk menghantarnya pulang tanpa mengetahui yang dia bakal dikurung dan dijadika hamba seks oleh seorang lelaki yang secara logiknya layak digelar ayah.

3. Michelle Knight

Michelle Knight merupakan mangsa paling awal diculik oleh Ariel iaitu pada tahun 2002. Dia yang merupakan seorang ibu muda ketika kejadian penculikan baru berusia 21 tahun.

Difahamkan dia pada 23 Ogos 2002 tahun sedang dalam perjalanan ke jabatan kebajikan bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya namun disapa Ariel.

Sama seperti dua lagi mangsa, Michelle yang mengenali Ariel sebagai bapa kepada seorang kenalannya bersetuju selepas lelaki tersebut menawar untuk menghantarnya ke destinasi yang ingin ditujui.

Berakhir penderitaan selepas 10 tahun

10 tahun menderita, tanggal 6 Mei 2013 ketiga mereka berjaya diselamatkan selepas Amanda berjaya meloloskan diri dan menghubungi pihak berkuasa.

Kejayaan Amanda itu bagaimanapun tidak hadir sekelip mata, dia masih berjaga-jaga kerana Ariel sebelum ini gemar menguji mereka dengan berpura-pura terlupa mengunci pintu hanya untuk memerangkap mereka.

Justeru mereka yang ditangkap cuba melarikan diri akan diseksa seteruk-teruknya menyebabkan kesemua mangsa menjadi takut dan trauma untuk cuba melarikan diri.

Namun nasib ketiga-tiga wanita ini benar-benar baik pada hari kejadian kerana Ariel sememangnya terlupa untuk mengunci pintu tersebut ketika keluar dari rumah.

Hasilnya dengan bantuan jiran, Amanda berjaya mendapatkan bantuan sepasukan polis seterusnya menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam.

Ariel Castro kemudiannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah dengan bukti yang cukup kuat untuk menghukumnya.

Mati bunuh diri di dalam penjara

Ariel Castro kemudian dipenjara seumur hidup dan 1000 tahun tambahan penjara dan tidak akan mendapat sebarang pembebasan bersyarat selepas mengaku bersalah atas 937 tuduhan, termasuk pembunuhan, penculikan, rogol dan serangan teruk ke atas mereka bertiga.

Namun baru sebulan menjalani hukuman, lelaki kejam ini kemudiannya ditemukan tergantung di dalam selnya sebelum disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan penjara.

Recent Posts

  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

1 hour ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

1 hour ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

17 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

18 hours ago