Proton Lancar X50, Harga Dari RM79,200

Sekian lama menunggu Proton hari ini melancarkan SUV kedua mereka hasil perkongsian strategiknya dengan Zhejiang Geely iaitu Proton X50 secara maya susulan dari penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKPB di kawasan Lembah Klang.

Namun ini bukan perkara baru kerana syarikat perusahaan automobil itu sebelum ini sudah melancarkan Proton Saga Anniversary Edition menggunakan cara sama juga disebabkan penularan Covid-19

Satu yang menarik mengenai Proton X50, sejak ia mula dibuka untuk tempahan, ia sudah berjaya mencatatkan lebih 20,000 tempahan satu angka yang agak besar.

Proton menerusi pelancaran tersebut turut mendedahkan harga model X50 iaitu dari RM79,200 hingga RM103,300 (harga tanpa insurans). Harga ini termasuk pengecualian cukai jualan yang sah sehingga 31 Disember 2020.

Baru-baru ini juga kami difahamkan Proton X50 berjaya mendapatkan 5 Bintang Bagi ASEAN NNCAP . Selain itu X50 juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap tenaga (EEV)

Bagi memudahkan anda di bawah kami senaraikan pecahan varian bersama harganya sekali :

Proton X50 1.5T varian Standard – RM79,200

Ciri standard:

  • Enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol suntikan bahan api pelbagai-titik (MPI) berkuasa 150 PS dan 226 Nm daya kilas
  • Transmisi DwiCekam (DCT) tujuh-kelajuan klac basah dengan mod manual
  • Empat beg udara
  • Lampu depan dan lampu siang (DRL) LED
  • Rim aloi 17-inci
  • Tempat duduk kemasan fabrik
  • Corong pendingin hawa belakang
  • Unit infohiburan dengan skrin bersaiz lapan-inci
  • Kamera undur

Proton X50 1.5T varian Executive – RM84,800

  • Semua ciri-ciri standard
  • Enam beg udara
  • Stereng balutan kulit
  • Lampu automatik
  • Lampu kabus depan
  • Tempat duduk kemasan kulit

Proton X50 1.5T varian Premium – RM93,200

  • Semua ciri varian Executive
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Rim aloi 18-inci
  • Tempat duduk dengan pelarasan elektrik untuk pemandu
  • Unit infohiburan dengan skrin bersaiz 10.25-inci
  • Kamera 360-darjah

Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship – RM103,300

  • Semua ciri varian Premium
  • Enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol pancitan terus (GDI) berkuasa 177 PS dan 255 Nm daya kilas
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Warna luaran dwitona
  • Bumbung kaca panoramik

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

22 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

23 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

23 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

24 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago