Siapa Allan Licthman & Kenapa Dia Menjadi Perhatian Media & Rakyat AS Setiap Kali Pilihan Raya Presiden

Umum mengetahui dalam masa beberapa hari lagi, rakyat Amerika Syarikat bakal turun mengundi untuk memilih bakal Presiden baru mereka.

Samaada Presiden Trump dari Parti Republikan akan akan dilantik semula buat penggal kedua ataupaun pencabarnya Joe Biden yang mewakili Parti Demokrat akan diangkat menjadi Presiden semuanya bergantung kepada rakyat AS.

Namun tahukah anda, setiap kali pemilihan Presiden AS, ada seorang figura yang sentiasa menjadi perhatian media dan masyarakat di sana.

Individu berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Professor Allan Licthman, seorang pakar sejarah dan ahli akademi yang begitu terkenal di negara republik persekutuan itu.

Apakah peranan Allan dan kenapa dia begitu penting setiap kali pemilihan Presiden?

Umpana ahli nujum

Untuk kita rakyat Malaysia, Allan yang juga Professor Sejarah di Universiti Amerika, Washington DC ini bukanlah seseorang yang begitu dikenali, namun untuk media dan rakyat disana terutama yang meminati politik, ahli akademi ini umpama seorang ahli nujum.

Berjaya meramal siama memenangi pemilihan Presiden sejak 36 tahun dahulu

Allan sejak dari tahun 1984 tanpa sekalipun tersasar berjaya meramalkan siapakah individu yang akan memenangi pemilihan presiden dengan keseluruhannya berjaya meneka secara tepat kemenangan lapan calon presiden (kecuali membabitkan kemenangan George W Bush pada tahun 2020 dimana calon pilihan Allan iaitu Al Gore tewas walaupun dia sudah memenangi undi popular)

Kesemua ini menjadikan dia sebagai orang ‘penting’ dalam menentukan siapakah presiden seterusnya .

13 Keys To The White House

Allan bagaimanapun bukan seorang ahli nujum atau pun pengamal ilmu hitam, sebaliknya dia menggunakan teknik yang diciptanya bersama seorang Pakar Seismologi Vladirmir Keilis-Borok yang diberi nama 13 Keys To the White House.

Segala kunci itu pula akan dinilai berdasarkan prestasi setiap calon baik dari rekod terdahulu mereka, kredibiliti, kepakaran ekonomi ,dan banyak lagi.

Malah dengan menggunakan teknik sama, dia berjaya meramalkan kemenangan penggal kedua Barrack Obama yang kurang diyakini pada 2012 malahan meramalkan kemenangan Trump pada 2016.

Ramal Kekalahan Trump Bagi 2020

Sama seperti sebelumnya dia sekal lagi menjadi perhatian media dan masyarakat terutamanya membabitkan ramalannya.

Namun situasi dilihat berbeza berbanding penggal lalu dimana Allan kali ini meramalkan Trump akan ditewaskan oleh Joe Biden.

Yang menariknya dalam temuramah bersama CNN beberapa hari lalu, dia menjelaskan Trump buat pemilihan kali ini sudahpun kehilangan 7 mata atau 7 kunci dari 13 kunci penting untuk diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua.

“The keys predict that Donald Trump will lose the White House this year.” katanya kepada CNN.

Menerusi Reuters dia turut mengutarakan perkara sama .

‘Donald Trump will become the first sitting president since George H.W. Bush in 1992 to lose re-election.’

Ramalannya nyata mengejutkan orang ramai disana, namun kita sendiri dari luar sudah mengetahui yang populariti Trump sudah merosot malahan dia semakin dibenci oleh rakyat.

Antara kekurangan Trump yang disenaraikannya adalah kegagalan mengawal protes perkauman besar-besaran yang berlaku beberapa bulan lalu, kegagalan memacu ekonomi, hubungan dengan negara luar dan skandal Trump membabitkan dakwaan di mahkamah.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

6 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

8 hours ago