Kejam! Seorang Remaja Perempuan Ditemui Maut, Rupa-Rupanya….

Sedih bila satu tragedi menimpa seorang remaja perempuan yang dijumpai meninggal dunia di kediaman rumah keluarganya yang bertempat di Kampung Lubuk Batu, Telemong, semalam.

Pihak polis menahan seorang remaja perempuan yang berusia 19 tahun yang juga kenalan kepada mangsa bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh Siti Nur Surya Ismail.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, tangkapan sudah pun dibuat ke atas remaja perempuan tersebut di sekolah mangsa selepas dia hadir bersama ibunya ke Balai Polis Hulu Terengganu pada jam 8.15 pagi.

Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan berdasarkan beberapa bukti yang ditemukan di lokasi kejadian selain rakaman CCTV yang dipasang di rumah burung yang berdekatan dengan kediaman mangsa.

Kredit: Says

“Pagi tadi, jam 7.30 suspek datang ke Balai Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8.15 pagi,” katanya pada siding media di IPD di Hulu Terengganu.

Tambahnya lagi, selepas penahanan terhadap suspek, pihak polis menjalankan siasatan di rumah suspek yang berada di Kampung Kubang Labu, sebelum menemukan beberapa barangan yang diambil dari rumah mangsa iaitu wang tunai dan peralatan solek.

Kredit: Harian Metro

Katanya lagi, sebelum kejadian suspek dikatakan ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal dan berbual-bual di ruang tamu.

Namun, disebabkan berlaku salah faham antara mereka yang menyebabkan suspek mulai rasa marah sebelum berlaku pergaduhan.

“Ketika bergelut, suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” jelasnya.

Beliau juga berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh.

Susulan itu, suspek merupakan pelajar tingkatan 6 itu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada hari esok bagi mendapatakan permohonan reman.

Dalam kejadian semalam, mangsa dijumpai oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada yang berusia 15 tahun itu ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang. Siti Surya Ismail dikatakan tertiarap di depan tv di ruang tamu rumah keluarganya dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa juga dikatakan putus pergelangan tangan.

Kredit: OhMyMedia

Pada awalnya, ramai yang mempercayai bahawa mangsa dibunuh oleh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi. Mangsa yang turut mengalami kesan kecederaan di bahagian muka akibat bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.

Menurut petikan Berita Harian, difahamkan hanya mangsa dan ibunya sahaja di rumah.

Difahamkan ketika kejadian hanya mangsa dan ibunya yang terlantar berada dalam rumah, manakala bapa dan adik beradik yang lain bekerja dan bersekolah.

Berita Harian

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

24 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago