Seronok Dapat Beli Khemah Masa 11.11, Sekali Sampai Muat Masuk Kepala Sahaja

Jualan murah 11.11 adalah antara acara yang paling ditunggu-tunggu untuk mereka yang gemar membeli barangan secara online.

Ini kerana kebanyakan peniaga pada hari tersebut akan memberikan potongan harga yang kadangkala tidak masuk akal sekaligus menjadikan hari tersebut hari paling sesuai untuk membuat pembelian.

Namun harus diingatkan jangan terlalu gopoh dalam membeli belah kerana dikhuatiri barangan yang dipesan tidak seperti yang anda harapkan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki dari Thailand ini yang terlalu teruja membeli sebuah khemah dengan harga mampu milik dan bercadang untuk menggunakannnya pada satu trip perkhemahan bersama teman wanitanya.

Namun hasratnya untuk berkhemah tergendala apabila khemah jenis dome berwarna merah jambu siap dengan tingkap di bahagian sisi yang dibelinya itu bukan lah seperti apa yang diharapkannya.

Sebaliknya ia begitu kecil dan tidak dapat dihuni oleh 2 individu, Ops! Bukan itu sahaja, malahan ianya begitu kecil kerana hanya mampu memuatkan kepalanya seorang sahaja.

Menerusi laporan Sin Chew Daily, lelaki berkenaan begitu terkejut sewaktu menerima bungkusan tersebut sehingga terdetik di hatinya adakah dia tersilap membaca deskripsinya semasa membuat pembelian.

Menurutnya lagi, khemah tersebut begitu kecil dan mungkin untuk kegunaan haiwan peliharaan seperti kucing.

Menerusi foto tangkap layar tersebut khemah berkenaan dipercayai dijual pada lingkungan ฿390 – ฿520 ( RM50 – RM66).

“Inilah khemah corak bunga yang saya beli tempoh hari. Saya ingatkan bolehlah tidur dengan teman wanita saya tapi bila ianya sampai ternyata jauh berbeza dari apa yang saya harapkan” kata pemuda tersebut.

Memang khemah kucing

Hasil pemerhatian kami di beberapa laman e-dagang, memang terdapat beberapa khemah dengan rekabentuk mirip khemah yang dibelinya namun ia adalah untuk kegunaan kucing.

Antara penemuan kami yang jelas tertulis ‘khemah untuk ‘kucing’

Reka bentuk yang mirip tapi warna dan corak yang berbeza

Pada kami, mungkin pemuda ini tersilap pandang pada deskrispi peralatan berkhemah itu sehingga dia melakukan pembelian yang salah.

Jadi buat anda di luar sana, sebelum melakukan apa-apa pembelian, semak dahulu maklumat seperti saiz, jenis dan respon dari pelanggan terdahulu sebagai kepastian.

Elakkan dari ‘terkena’ sebegini. Memanglah lucu tapi kalau terkena dekat diri sendiri mesti kecewa bukan? Melainkan korang ada binatang peliharaan yang muat tiada masalah lah kan? Haha.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago