Kartunis Terkenal Artortoise, Ikhsan Kamarudin Meninggal Dunia

Industri animasi dan hiburan hari ini dikejutkan apabila mendapat perkhabaran duka bahawa kartunis terkenal Artortoise, atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan bin Kamarudin baru sahaja meninggal dunia pada jam 1.37 pagi tadi.

Beritu duka tersebut dikongsikan laman Facebook rasmi Artortoise pagi ini memaklumkan mengenai pemergian arwah yang turut dikenali dengan panggilan Ikhsan Ise.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa, sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” katanya.

Foto : Arwah sewaktu menjalani rawatan pada 3 bulan lalu Foto : Ikhsan Kamarudin

“Justeru, pihak Artortoise memohon doa daripada semua pengikut dan peminatnya serta warganet agar urusan perjalanan arwah bertemu Penciptanya dipermudahkan.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,” tambahnya.

Terdahulu, Arwah Ikhsan disahkan menghidap penyakit kanser pangkal hidung tahap tiga. Sehubungan itu allahyarhman mula menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan bagi komplikasi Hepatitis B atau hati sejak 22 Oktober lalu.

Ikhsan yang begitu sinonim dengan karakter Artortoise, sentiasa menyajikan orang ramai dengan kaltun ilmiah serta nasihat disamping kerja seninya yang berkualiti tinggi

Kami di Buzzkini mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah .. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago