Pernah Gemparkan Negara Dengan Kes ‘1 Sen’, Aman Shah Dakwa Sistem Bank Malaysia Tidak Selamat

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Buat mereka yang lahir di era 80an atau awal darinya, pasti anda familiar atau pernah terdengar mengenai satu kes yang pernah menggemparkan negara dimana seorang eksekutif bank berjaya menggodam dan memecahkan kod keselamatan sistem bank sehingga bergelar jutawan segera.

Lebih menarik apabila pegawai bank terbabit yang bernama Aman Shah dilaporkan hanya mengambil 1 sen dari setiap akaun pelanggan HockHua Bank setiap hari selama 14 hari dan berjaya meraih RM 4 juta dari kegiatan tersebut.

Semua taktik liciknya itu berjaya dikesan selepas dia tampil menerusi satu temu ramah dalam satu rancangan televiysen kerana kereta-kereta mewah yang dimilikinya antaranya Lamborghini Countach (RM1.3 Juta) , Mercedez Benz 300 SL (RM500 K) , Porsche 928 S4 (RM638,000) dan banyak lagi.

Itu pun secara kebetulan dimana seorang penonton rancangan tersebut adalah bekas majikannya sendiri.

Antara kereta mewah yang dimiliki Aman Shah

Kisah tersebut kemudian mula dilupakan orang ramai untuk satu tempoh yang begitu namun kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas kemunculan kembali Aman Shah yang aktif di laman media sosialnya.

Malah bekas eksekutif bank yang mempunyai ramai pengikut ini difahamkan akan melancarkan buku yang bakal menyingkap kembali kisah dirinya yang penah mengegarkan negara itu pada Mei tahun 2021.

Terbaru selepas berpuluh tahun, nama Aman Shah sekali lagi muncul di muka akhbar selepas dia dijemput untuk satu temu bual ekslusif bersama Mingguan Malaysia (Utusan Malaysia) .

Yang menariknya Aman menerusi temu bual tersebut mendakwa sesetengah sistem perbankan di negara kita terlalu banyak kelemahan sehingga boleh dipintas oleh penggodam.

Hanya copy paste

Padanya teknologi sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia pada ketika ini hanyalah bersifat copy and paste dan diambil dari sistem terdahulu.

Malah ada segelintir yang menggunakan perisian open source, menyebabkan wujudnya loophole atau backdoor yang jika dibiarkan akan mudah menjadi sasaran penggodam sekaligus merisikokan wang pendeposit.

“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini godam, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.

‘Cucu’ kepada sistem dahulu

“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak godam. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya Utusan Malaysia.

Tambahnya lagi hasil pemerhatian yang dilakukannya, dia mendapati sistem keselamatan bank yang diguna pakai masih terdapat sekurang-kurangnya 20 peratus kelemahan dengan kesilapan utama adalah demi penjimatan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya sewaktu diminta mengulas mengenai wujudnya aduan kehilangan wang di dalam bank sedangkan mereka tidak melakukan sebarang transaksi.

Foto : Utusan Malaysia

Selain itu Aman turut menekankan bahawa urusan membangun keselamatan sistem perbankan sepatunya dilaksanakan oleh Pakar IT yang mempunyai kelayakan dan merit.

Namun di Malaysia menurutnya diserahkan kepada kroni yang tidak layak.

“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.

“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” katanya lagi menerusi Artikel Sistem bank Malaysia tidak selamat 

Bekas eksekutif bank terkenal ini juga turut tampil dalam satu lagi artikel temu bual bersama Utusan yang bertajuk Sistem kita copy and paste – Aman Shah, namun anda perlu melanggan utusan premium untuk membaca artikel ini.

Recent Posts

  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

15 mins ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

23 mins ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

17 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

17 hours ago