Harimau Kumbang Negeri Sembilan Akhirnya Berjaya Ditangkap [Video]

Sekitar bulan November lalu, penduduk di Negeri Sembilan khususnya Kampung Tengah, Kuala Pilah telah dikejutkan dengan berita mengenai kewujudan seekor harimau kumbang yang sudah membaham beberapa ekor haiwan ternakan.

Bermula dari seekor lembu yang menjadi mangsa diikuti beberapa lagi kemudiannya, kehadiran binatang buas berkenaan menyebabkan penduduk Kampung Tengah dan tiga kampung lainnya sekitar Seri Menanti seperti  Kampung Galau, Kampung Ulu Pasir dan Kampung Sikai turut berasa bimbang dan risaukan keselamatan mereka.

Foto : Baharin Mohamad

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan kemudiannya telah memasang perangkap di sebuah lokasi kira kira 500 meter dari lokasi terakhir harimau kumbang itu dilihat penduduk.

Terbaru selepas lebih sebulan, penduduk di kesemua kampung berkenan sudah boleh menarik nafas lega selepas harimau kumbang berkenaan berjaya ditangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun dalam satu kenyataan menjelaskan haiwan pemangsa tersebut telah memasuki perangkap yang dipasang pihak perhilitan pada jam 9 pagi semalam.

Orang kampung yang menyedarinya kemudian terus menghubungi perhilitan memaklumkan situasi berkenaan.

“Susulan itu, seramai 10 kakitangan dari Ibu Pejabat Perhilitan dan jabatan ini serta dibantu kakitangan Pusat Penyelamat Hidupan Liar Perhilitan dari Sungkai Perak bergegas ke lokasi berkenaan.

“Harimau kumbang seberat 47 kilogram itu kemudian dibawa ke jabatan ini untuk dinilai tahap kesihatannya oleh doktor haiwan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tahap kesihatan harimau kumbang berkenaan dalam keadaan baik.

“Harimau kumbang itu kemudian dilepaskan di kawasan habitat asalnya di luar negeri ini malam tadi, namun lokasi sebenar tidak boleh dinyatakan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

29 mins ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

3 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

5 hours ago