“Saya Nak Jadi Hero Macam Ustaz” – 7 Sekeluarga Ucap Syahadah Depan Ustaz Ebit Lew

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Begitu terkenal dengan usaha dakwah dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew kali ini telah membantu tujuh sekeluarga untuk memeluk Islam. 

Difahamkan ianya bermula sewaktu Ustaz Ebit berkunjung ke sebuah gerai yang merupakan milik keluarga tersebut di Medan Gopeng, Perak.

“Sebak sayu ziarah sekeluarga chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. 7 orang semuanya mengucap syahadah. Sampai jer semua anaknya rakam video saya sepanjang disitu. Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di fb. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam

Ingin jadi jutawan, agar dapat bantu ramai orang

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat hendak masuk Islam. 

“Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. Anak 11 tahun kata, ‘ustaz beri saya nasihat, saya hendak jadi macam ustaz. Hendak jadi hero’ tulis Ustaz Ebit menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

Difahamkan kehadiran Ustaz Ebit turut diiringi beberapa individu termasuk petugas dari Jabatan Agama Perak dan sebuah masjid di sana.

“Terima kaseh ustaz Hafiz Ng Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu” tulis beliau lagi.

Hadiahkan basikal untuk anak-anak mereka

Ustaz Ebit juga difahamkan turut menghadiahkan anak-anak kecil tersebut basikal selepas mengetahui mereka sedang mengumpul wang untuk membeli basikal masing-masing.

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.

“Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa hendak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. 

Semoga kaya-raya dunia akhirat,” katanya

Ustaz Ebit dalam masa sama turut berkongsi video sewaktu mengajar keluarga berkenaan melafazkan syahadah di laman instagramnya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

39 mins ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

3 hours ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

19 hours ago