fbpx
Now Reading
Dapat 2000 Mesej, Lelaki Tawar Diri Jadi Teman Malam Tahun Baru Dengan Harga Rp90,000

Dapat 2000 Mesej, Lelaki Tawar Diri Jadi Teman Malam Tahun Baru Dengan Harga Rp90,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Tidak dinafikan golongan single sekarang ini semakin berani mencuba nasib dengan melakukan idea ‘gila’ mereka hanya untuk mencari pasangan hidup.

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang berasal dari Indonesia ini apabila bertindak memasang iklan mencari teman wanita pada malam tahun baru di tepi jalan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ialah usahanya itu membuahkan hasil apabila meraih perhatian ramai sehinggakan dia menerima lebih dari 2,000 pesanan di aplikasi Whatsapp.

Dapat keluhan dari rakan

Kredit: Facebook/ Khoirul Anam

Menurut Khoirul Anam, idea untuk memasang banner tersebut adalah kerana dia seringkali mendengar keluhan dari rakan-rakannya yang masih berstatus solo. Dari situ dia mendapat ilham untuk melakukan perkara tersebut. Dia yang memasang iklan tersebut di daerah Magelang, Jawa Tengah.

“Idea membuat sepanduk itu sebenarnya simple, kerana kebetulan sesuai dengan momen menjelang tahun baru, banyak kawan yang mengeluh single, terus saya berfikir untuk membuat sepanduk tersebut,” katanya.

Perkhidmatan sebanyak Rp90,000

Anam yang berusia 25 tahun ini memberitahu bahawa dia juga masih menawarkan perkhidmatan menemani pada tahun baru sebanyak Rp90,000 sahaja. Dengan harga itu, para pelanggannya akan mendapatkan pakej lengkap.

“Nanti kalau ada yang mahu, malam tahun baru saya upload pakej lengkap Rp90,000,” katanya kepada Kompas.com.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah sekiranya yang menggunakan perkhidmatannya itu sama ada lelaki ataupun perempuan sekalipun untuk pergi bersamanya pada malam tahun baru nanti.

“Perempuan ada, lelaki ada. Tidak ada kriteria khusus, yang menerima apa adanya. Nanti saya pilih 1, yang mahu saya upload di Facebook. Perkhidmatannya tidak lama, hanya menemani malam tahun baru.

Difahamkan, dia yang menawarkan pakej seperti makan malam, berpegangan tangan, nyalakan bunga api, selfie dan juga dihantar pulang hingga ke rumah itu akan dilakukan bersama para pelanggannya.

Namun, dia menegaskan bahawa dia tidak akan melayani perempuan yang sudah berstatus isteri.

Sehingga kini, perkongsiantersebut telahpun mendapat sebanyak 9.3k likes di akaun Facebook miliknya, manakala sebanyak 3.9k komen dari netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.