fbpx
Now Reading
“Dah Jadi Kipas Tangan Aku” – Pengantin Kongsi Momen Lucu, Wali Tersasul Sebut Nama Kembar Semasa Akad Nikah [Video]

“Dah Jadi Kipas Tangan Aku” – Pengantin Kongsi Momen Lucu, Wali Tersasul Sebut Nama Kembar Semasa Akad Nikah [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Tidak dinafikan saat yang paling mendebarkan bagi pasangan yang bakal berkahwin pastinya sewaktu majlis akad nikah.

Yang paling terasa debarannya pastilah pengantin lelaki sehingga kerap kali kita dengar mereka tersasul atau melakukan kesilapan. Namun berbeza pula situasinya kali ini.

Menerusi satu thread di Twitter, seorang pengguna Twitter, Amira Farra telah berkongsi satu video sewaktu akad nikahnya yang dipercayai baru sahaja berlangsung baru-baru ini.

Menerusi video tersebut jelas memperlihatkan suaminya yang sedang duduk berhadapan dengan datuk Amira Farra yang juga walinya untuk majlis akad nikah tersebut.

Atuk tersasul sebut nama

Namun apa yang mencuit hati, apabila datuknya tersasul dengan menyebut nama adik kembar Farra, yang kebetulan mempunyai nama yang hampir serupa iaitu Amira Sara.

Amira Farra yang mendengarnya secara spontan terus mengipas tangannya sebagai isyarat memberitahu datuknya yang beliau sebenarnya sudah tersalah menyebut nama pengantin.

Kembar nama dekat-dekat

Jelas Farra, atuknya tersasul dan menjadi gemuruh memandangkan kembarnya ketika itu sedang duduk bersebelahan dengannya.

“Atuk saya adalah wali saya, dia gementar sebab adik betul-betul dekat sebelah saya” kata Farah

Dia dalam masa sama turut menjelaskan yang dia berasa tidak panik memandangkan suaminya adalah seorang lelaki yang tenang walau berdepan apa sahaja situasi.

Menerusi video sama mereka kemudian dilihat mengulang semula akad nikah berkenaan dalam suasana yang tenang.

Ini atuk saya.. doakan dia panjang umur

Dijengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyatakan rasa terhibur mereka dengan video tersebut. Ada juga yang turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru berkenaan.

Kalau aku boleh melompat kat situ

Kalau pakwe sara dengar mesti gelupur

Aku yang cemas

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.