Dedah Ada Frontliner Yang Sudah Tertekan, Dr Izzar Kesal Ramai Orang Hanya Tahu Mengeluh

Berperang dengan Covid-19 bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi musuh yang satu ini tidak dapat dilihat dan dikesan menggunakan mata.

Namun ini langsung tidak menggugat semangat rata-rata petugas barisan hadapan kita yang masih kental dan berterusan merisikokan diri demi keselamatan orang lain walaupun sebenarnya mereka sudahpun kepenatan.

Namun sejauh mana mereka mampu bertahan jika ada sahaja kerenah pesakit dan pewaris pesakit yang membuatkan bukan hanya fizikal malah mental mereka semakin penat selepas setahun mengharungi semua ini.

Foto : Sinar Harian

Perkara sama turut dikongsikan Dr Izzar Anwari, doktor perubatan yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera di akaun instagramnya meluahkan rasa kecewanya dengan sikap rakyat Malaysia yang hanya tahu mengadu tanpa mengambil kira perasaan dan kerja keras orang lain.

Complain complain complain!

“Bila kami dah dapatkan katil di hospital n ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap. Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut2 lagi.

“Bila dah buat test covid sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa). Di ugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call.. ” tulisnya di Instagaram.

Tambah Dr Izzar lagi, ‘perang’ yang panjang ini juga juga telah menyebabkan ada dikalangan rakannya yang kini berdepan masalah tekanan sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar.

Justeru dia meminta orang ramai agar bersikap lebih rasional dalam menangani wabak maut ini.

“Sekarang dah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti ni. Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi.

“Rakyat Malaysia tolongla bersikap matang. Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan COVID-19 ni adalah SIKAP kita sendiri. Degil taknak patuh SOP. Rasa diri kebal, ‘takpelah demam sikit2 je pastu pergi kenduri. Alah buka mask kejap je pun ‘

Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas n New year tu sekarang. Ramai pergi melancong n berjalan n kenduri sakan masa tu. Lepas tu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pulak. Sebab tu kes naik sampai ke 4 angka tiap2 hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?

Kes positif sekarang empat angka tiap2 hari. Dulu 2 angka pun dah gelabah. PKP sekarang ni macam takde apa pun.

“Dahla penat. Kitorang fokus buat kerja kitorang. Takyahla menambah beban petugas2 kesihatan dengan benda2 remeh dan menyusahkan. Matang la sikit. Korang rasa macam mana. Lama lagi ke nak hidup macam sekarang ni?

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago