Enggan Isu Dipanjangkan, Pemilik Anjing Maafkan Posmen Lastik Haiwan Kesayangan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Beberapa hari lalu tular satu rakaman kamera litar tutup (CCTV) memperlihatkan tindakan seorang posmen melastik seekor anjing menggunakan getah di Kluang, Johor.

Tindakan tersebut menyebabkan anjing berkenaan yang merupakan haiwan peliharaan pelanggan mengalami kecederaan pada mata kirinya.

Ekoran dari itu, Pos Malaysia Berhad telah bertindak menggantung tugas posmen tersebut yang dikenali dengan nama Dollah, sementara menunggu hasil siasatan dalaman oleh pihak mereka.

Terpanggil untuk membantu menyelesaikan isu tersebut, pelawak Shahrol Shiro yang aktif melakukan kerja sosial di Kluang kemudian bertemu dengan Dollah yang juga kenalannnya untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang terjadi sebagai usaha untuk membantunya.

Dolalh kemudian mengakui kesalahannya dan berasa menyesal kerana mencederakan anjing yang tidak bersalah itu.

Sharul kemudian bersama pasukannya, Aku Budak Kluang, telah membawa Dollah untuk bertemu pemilik anjing tersebut iaitu pasangan suami isteri, Siva dan Magesh bagi menyampaikan permohonan maaf sekaligus menyelesaikan isu berkenaan.

Foto : FB Aku Budak Kluang

Ternyata usahanya dan sifat pemaaf pasanagan Siva dan Magesh akhirnya berjaya menyelesaikan isu tersebut.

Siva dan Magesh yang enggan isu berkenaan dipanjangkan kemudiannya menerima permohonan maaf Dollah yang dilihat begitu bersungguh-sungguh memohon maaf.

Video pertemuan tersebut turut dikongsikan Shahrol di laman Instagramnya serta di laman Facebook Aku Budak Kluang

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai dengan rata-rata mereka terharu dengan pertemuan tersebut.

Mereka bukan sahaja berterima kasih kepada Shahrol di atas inisiatif dia dan kumpulannya, malah ramai turut memuji Siva dan Magesh yang sudi memaafkan Dollah.

Ramai juga yang turut memuji tindakan Dollah yang berani memohon maaf dan mengkaui kesilapannya.

Ramai yang turut berharap agar Dollah diberikan peluang sekali lagi dan tidak dipecat dari tugasnya namun dalam masa sama menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

22 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago