Selepas New Zealand, Polis Leicester Di England Uji Penggunaan Hijab Sebagai Uniform Anggota Muslimah

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Jika anda ingat sekitar November tahun lalu, Polis New Zealand telah mencipta sejarah tersendiri apabila membenarkan penggunaan hijab oleh anggotanya.

Meskipun tujuan mereka adalah untuk menggalakkan lebih ramai wanita beragama Islam menyertai badan perkhidmatan tersebut, tindakan mereka dipuji rata-rata negara islam kerana mereka secara tidak langsung dilihat menghormati budaya dan agama islam yang hanya agama minoriti di negara tersebut.

Konstabel Zeena Ali anggota polis pertama di New Zealand,yang mengenakan hijab

Namun hijab yang digunakan bukanlah hijab biasa-biasa, sebaliknya hijab berkenaan direka khas oleh pereka dari Massey University College, Wellington untuk dipadankan dengan uniform polis disana. 

Ianya melibatkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 16 bulan bagi memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan pemakainya.

Terbaru, Pasukan Polis Leicestershire, England pula mencuri tumpuan apabila mereka dilaporkan sedang menguji hijab sama yang di gunakan polis New Zealand untuk kegunaan pasukan mereka.

Menurut BBC, anggota polis Leicestershire pertama yang memakai hijab berkenaan ialah seorang pegawai pelajar iaitu Konstabel Khadeejah Mansur.

Khadeejah Mansur yang mengenakan hijab berkenaan bersama uniformnya

Namun ia dijangka akan mula diguna pakai oleh anggota lain pada masa akan datang.

Menurut Jurucakap Persatuan Polis Muslim Kebangsaan UK , Yusuf Nagdi, masyarakat di Leicestershire mempunyai banyak fahaman justeru mereka sebagai polis pastinya mahu memberikan khidmat terbaik kepada orang awam.

“Salah satu halangan bagi masyarakat Muslim dan wanita khususnya adalah pemakaian hijab, jadi langkah berhijab ini memberikan kami pendekatan terbaik untuk kedua-duanya.

“Kami tahu ada segelintir individu yang ingin menyertai pasukan polis, tetapi mereka tidak mahu menjejaskan kepercayaan (agama) mereka,” katanya.

Namun Leicester bukanlah unit polis pertama yang membenarkan anggota mereka menggunakan hijab di UK sebaliknya ianya sudah digunakan oleh pasukan polis di kawasan lain seperti Metropolitan Police, iaitu pasukan polis di London pada 2001 diikuti beberapa pasukan lain seperti North Yorkshire Police and Police Scotland namun dengan rekaan yang berbeza.

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

42 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

18 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago