Ban Lee Heng Motor, Kisah Perniagaan Keluarga Pengedar Kereta Honda Selama 3 Generasi

Peminat dunia permotoran tempatan khususnya jenama Honda mesti tahu yang Honda Malaysia kini sedang menuju angka jualan yang ke-1 juta unit kenderaannya bagi pasaran tempatan.

Namun angka sasaran ini bukanlah suatu yang mustahil jika dilihat dari status mereka sebagai pendahulu untuk 6 tahun berturut-turut bagi pengeluar kenderaan bukan nasional di Malaysia.

Selain itu, semua ini juga berjaya dicapai dengan usaha dan kerjasama erat dari pengedar-pengedar sah mereka di serata negara antaranya Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd, yang diterajui pemiliknya, Billy Wong.

Namun Billy Wong bukanlah pemilik generasi pertama bagi Ban Lee Heng Motor, sebaliknya dia mewarisi perusahaan ini secara turun temurun dari ayahnya, Johnnie Wong dan sebelum itu oleh datuknya, Dato’ Ng Chee Peng yang merupakan pengasas syarikat berkenaan.

Bergelar sebagai salah satu pengedar yang paling lama bersama dengan Honda, Dato’ Ng Chee Peng memulakan perniagaan Ban Lee Heng Motor pada tahun 50an dengan membuka kedai basikal sebelum mengembangkan perniagaannya menjadi pengedar tunggal motosikal Honda di Negeri Sembilan.

Perusahaan mereka kemudian dilantik menjadi pengedar sah kereta Honda pada tahun 1976 dan terus kekal sehingga ke hari ini.

Legasi perniagaannya kemudian diteruskan dan dimajukan oleh anaknya, Johnnie yang juga seorang pakar perniagaan sebelum akhirnya diteruskan oleh cucunya. Billy melengkapkan tiga generasi dalam perniagaan keluarga tersebut.

Dilahirkan dan dibesarkan dengan jenama Honda, Billy yang bangga menggelarkan dirinya ‘berdarah H’ sama seperti ayahnya, bagaimanapun memulakan kareernya bersama Honda dari bawah iaitu sebagai penasihat jualan.

Berkat usaha, dicampur dengan pengalaman dan kelayakannya, yana sama genius seperti ayah dan datuknbya kemudian mengambil alih perniagaan tersebut dan berjaya mengembangkan syarikat mereka sehingga mereka berjaya memiliki cawangan kedua iaitu di Melaka.

Yang menariknya Billy tidak melakukan semua ini berseorangan. Dia yang dibantu dua pengurus jualan berpengalaman turut menimba ilmu dan pengalaman dari mentor-mentornya yakni dealer owner lain seperti En. Ong Kok Hong dari Peringgit Sri Auto Sdn. Bhd. (Lembah Klang), En. Lee Eng Kee, Pengarah Urusan Ban Chu Bee Sdn. Bhd. (Kelantan) dan En. Shamsul Hakim, Pengarah Yong Ming Motor Sdn. Bhd (Johor)

Dengan adanya jaringan perniagaan dan sistem sokongan sebegini, sasaran Honda Malaysia untuk menuju angka jualan 1 juta bukan lagi satu perkara yang mustahil.

Jom ikuti temuramah bersama Billy dan rakan-rakannya di bawah :

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago