Lagi Sedap Dari Live Di AJL, Syafinaz & MFMF Kongsi Video Latihan ‘Peluang Kedua’ Nabila Razali [Video]

Meskipun sudah beberapa hari melabuhkan tirai, kisah di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) membabitkan penyanyi Nabila Razali masih hangat diperkatakan orang ramai ekoran persembahannya yang sedikit terkucil.

Meskipun dikritik hebat oleh peminat dan netizen, rakan artis dilihat terus memberi sokongan kepada Nabila dengan menghujani kata-kata positif di ruangan komen milik penyanyi dan pelakon tersebut.

Terbaru, penyanyi dan juga guru vokal terkemuka, Datuk Syafinaz Selamat menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya telah memuat naik satu video sewaktu sesi latihan Nabila dalam menghadapi AJL sekitar awal Mac.

“Bukan untuk membela, jauh sekali mencela”

Menerusi video tersebut jelas mutu nyanyian Nabila dilihat jauh lebih baik berbanding apa yang dipersembahkannya semasa AJL.

Menurut Syafinaz, pekrongsian tersebut bukan untuk membela, atau untuk mencela mana-mana pihak. Namun dia sebagai seorang guru vokal terbuka & berbesar hati menyokong penyanyi-penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka.

Jelasnya ramai artis baru dan lama yang sudah menyatakan hasrat malah ramai yang sudah pun belajar dengannya.

Mengulas mengenai Nabila, Syafinaz menjelaskan Nabila sudah menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu namun disebabkan beberapa kekangan seperti kesihatan, jadual yang ketat serta PKP, mereka hanya berpeluang berlatih selepas tamat PKP 2.0.

“Nabila menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu. Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yg padat & situasi PKP menyebabkan proses pembelajarannya agak mencabar. Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir.

Jelas beliau, meskipun video ini bukanlah yang terbaik namun ianya tetap lebih baik daripada apa yg di persembahkan Nabila di atas pentas AJL. Malah Syafinaz mengingatkan orang ramai agar tidak mematahkan semangat perjuangan Nabila yang disifatkannya masih lagi bertatih sebagai seorang penyanyi.

“Video amatur ini dirakamkan pada awal Mac. Bukanlah nyanyiannya yang terbaik tapi ia satu-satunya yg saya ada (sbb kebiasaannya dia yg rajin merakam semasa sesi latihan). It’s far from perfect tapi lebih baik drpd apa yg dia lakukan di atas pentas AJL.

“Umum hanya melihat kejadian ‘terkucil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya. Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada diatas pentas mega itu.

“Anggaplah ini langkah dia bertatih sebagai seorang penyanyi. Dia sedar jauh lagi perjalanannya sebelum dia boleh berlari. Jangan patahkan semangat perjuangannya. This is Nabila’s journey….” kata Syafinaz lagi.

Terdahulu, komposer bersama peluang kedua, MFMF turut berkongsi video nyanyian Nabila sewaktu sesi raptai AJL35 dimana semuanya berjalan dengan lancar dan tiada kesilapan pada lontaran vokalnya.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

7 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

8 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

10 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

12 hours ago