
Kalau Jodoh Tak Kemana, Tidak Sangka Bersuamikan Jiran Sendiri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jodoh adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka, baik bertemu di tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya.
Namun lain pula yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok @Dyha.ishak yang bertemu jodoh dengan suaminya yang merupakan jirannya sendiri. Menariknya, jarak kedua-dua rumah mereka hanya memerlukan 10 langkah sahaja!
Ibu kepada dua orang anak ini telah memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya dan mendapat perhatian ramai. Dia telah menjelaskan bahawa dia pernah berniat untuk mencari pasangan sewaktu melanjutkan pelajaran di universiti namun siapa sangka jodoh wanita itu sebenarnya sudah ada di depan mata.
Dia turut berkongsi bahawa mereka berdua tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta. Walaubagaimanapun , perkahwinan mereka kini telah mencecah 7 tahun.
“Suamiku jiranku”
@dyha.ishak Kahwin dengan jiran depan rumah 😜
♬ original sound .cc – Mikatefu
Tambahnya, mereka pernah mengalami pelbagai konflik sebelum berkahwin dan hampir memutuskan pertunangan. Namun, masalah itu dapat diatasi. Dia juga tidak terlepas untuk berkongsi bahawa dia telah dilamar oleh ibu mertua dan kakak iparnya sebelum dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut.
@dyha.ishak Ce kira berapa steps?
♬ オリジナル楽曲 – Oh
Menurut video lain yang telah dimuatnaik olehnya, dia dan pasangan sama sekali tidak mempunyai masalah untuk pulang ke rumah keluarga masing masing sewaktu musim perayaan, sepertimana yang dialami oleh kebanyakan pasangan lain.