Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’
Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat demikian dari dahulu lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, mencari pekerjaan khususnya yang sesuai dengan kelayakan bukanlah satu perkara yang mudah.
Oleh sebab itu, ada segelintir individu tidak kisah untuk menerima apa sahaja tawaran kerja asalkan mempunyai pendapatan bulanan.
Namun entah di mana silapnya, seringkali kedengaran luahan majikan mengenai sikap pekerja terutama dari generasi masa kini yang didakwa ‘manja’ dan tidak serius dalam melakukan pekerjaan.
Staf Baru Tak Dapat Bagi Komitmen
Terbaharu, menerusi hantaran di akaun Facebook NA Dyla, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap generasi muda pada masa kini yang dilihat tidak serius dalam melakukan pekerjaan.
“Isu cari pekerja ini dah lama dan mungkin juga ramai owner di luar sana melalui benda yang sama.
“Saya tidak faham generasi anak muda zaman sekarang tahun 2024 sudah datang temuduga, bila dapat, rasa tidak boleh commit terus undur diri.
“Kerja belum start lagi, sudah bagi macam-macam alasan ‘itu la ini la’. Ini antara salah seorang,” tulisnya di Facebook.
Beri Alasan Ibu Tak Bagi Naik Public Transport & Ayah Tidak Dapat Hantar
Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp yang dikongsikan, pekerja baru di syarikatnya itu memberikan alasan tidak dapat hadir bekerja ke tempat yang diminta kerana tiada kenderaan dan bapanya telah keluar menghadiri mesyuarat.
Oleh kerana tiada pengganti yang dapat menjaga booth syarikatnya, dia meminta stafnya itu untuk datang juga dengan menaiki e-hailing. Malah, dia siap bertanyakan kadar ke lokasi tersebut.
Apa yang mengejutkan adalah jawapan yang diberikan oleh pekerja berkenaan bahawa ibunya tidak pernah memberi keizinan untuk menaiki pengangkutan awam.
“Mak saya tak pernah bagi naik public transport miss,” kata pekerja tersebut.
Malah, pekerja itu turut menjelaskan bahawa bapanya tidak dapat menghantar dia ke tempat kerja dan memohon untuk undur diri.
“Since ayah saya tak dapat nak guarantee dia boleh hantar setiap hari, saya takut saya tak dapat commit dengan permintaan syarikat. Jadi saya terpaksa undur diri miss,” jelasnya lagi.
Timbul Persoalan Mengenai Sikap Gen-Z
Jawapan pekerja itu nyata mengecewakannya. Bagi Dyla, generasi anak muda masa kini dilihat berbeza dengan generasi pada zaman dahulu yang memberikan komitmen penuh dalam pekerjaan.
“Lain pula dengan zaman saya dan orang-orang lama. Kita sendiri gelabah cari kerja, bila dapat kerja masa tu rasa bersyukur sangat.
“Tak tambah lagi kena maki, buli, angkat kotak, pos barang sorang-sorang, kerja balik malam pun hadap je. Semua itu org lama jadikan ia sebagai pengalaman sebelum dapat better offer.
“Kalau kena dekat generasi anak muda sekarang, silap-silap esok dapat mesej saya tak boleh nak teruskan.
“Mudah sangat give-up. Nak duduk di zon selesa sampai macam mana lagi? Semua tempat kerja sama dik non,” tulisnya.
BUKAN MENGAIBKAN, SEKADAR MELUAH. Isu cari pekerja ni dah lama, dan mungkin juga ramai owner di luar sana melalui benda…
Posted by NA Dyla on Monday 6 May 2024
Recruiter Patut Semak Dengan Teliti Sebelum Ambil Pekerja, Ramai Persoal Arahan Last Minute
Hantarannya itu nyata mendapat perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka turut berkongsi pengalaman bekerja dengan generasi masa kini yang segelintirnya memberi masalah yang sama.
Namun, ada juga warganet yang berpendapat, sesiapa sahaja yang menemuduga pekerja tersebut (recruiter) patut mengenalinya dengan lebih teliti dan terperinci sebelum menerima mereka bekerja.
Malah, ada warganet yang meneliti perbualan WhatsApp kurang berpuas hati dengan ayat wakil syarikat iaitu ‘sebab confirmation tempat semalam, dapat pagi ini’ seolah-olah ia adalah satu arahan saat akhir (last minute) yang pastinya sukar dipenuhi.
Berikut antara komen warganet:
Yang Nak Kerja Betul-Betul Tak Dapat, Yang Nak Kerja Main-Main, Dapat Offer Kerja Elok
Lelaki Perempuan Sama Je, Waktu Interview Bukan Main
Budak Sekarang Kerja Nak Senang, Minta Gaji Tinggi Tapi Tak Setaraf Dengan Skill
Ibu Bapa Terlalu Manjakan Dia
Nampak Macam Planning Kerja Tak Bagus, Sebab Confirmation Dapat Pagi Untuk Ada Job
Isu Pekerja Memang Banyak Tapi Syarikat Banyak Teruk Juga
Baca Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Aku Faham Kenapa Syarikat Banyak Ambil Warga Asing,’- Majikan Pening Pekerja Tempatan Buat Perangai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ada 500 Ribu Belia Menganggur- Syed Saddiq Bantah Kenaikan Umur Persaraan