‘Sekarang Aku Faham Kenapa Syarikat Banyak Ambil Warga Asing,’- Majikan Pening Pekerja Tempatan Buat Perangai [Video]
Dia mendakwa telah menemuduga tiga orang pekerja tempatan untuk bekerja, namun, ketiga-tiganya tidak hadir dengan memberikan alasan yang tidak munasabah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, kebanyakan majikan lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Ini kerana selain kos pengambilan pekerja asing dikatakan lebih murah, sikap pekerja tempatan juga merupakan antara cabaran dan isu yang sering diperkatakan dalam kalangan majikan.
Bagi sesetengah majikan, mengupah pekerja asing lebih mudah berbanding pekerja tempatan yang kadang-kala sering mengundang masalah kepada syarikat antaranya seperti malas dan hilang secara tiba-tiba.
Temuduga Tiga Pekerja, Namun Pekerja Tidak Muncul, Beri Alasan Tidak Munasabah
Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Twitter di akaun @adliehassan, dia mendakwa telah merekrut tiga pekerja tempatan untuk bekerja di kedainya selepas selesai sesi temuduga.
Namun, ketiga-tiganya dikatakan tidak hadir menjalankan tugas meskipun telah diambil bekerja dengan memberikan alasan yang tidak munasabah.
“Dia dah setuju dengan gaji, tapi bila dia balik dia cakap dia dah ubah fikiran. Yang sekor lagi, gaji dah setuju, datang kerja satu hari, besok tak datang sebab gaduh dengan awek,” katanya menerusi video berkenaan.
Tambah beliau lagi, pekerja yang ketiga turut membuat permintaan yang ‘unik’ sehingga dia sebagai majikan sukar untuk memenuhi permintaan tersebut.
“Pekerja yang ketiga lagi unik, gaji basic nak RM2,800 tapi hendak masuk kerja jam 3.00 petang balik pukul 6.00 petang,” katanya.
Baru Faham Kenapa Sesetengah Majikan Lebih Gemar Ambil Pekerja Asing
Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 1 juta itu, dia baru memahami mengapa ada segelintir majikan yang lebih gemar mengambil pekerja asing.
“Sekarang baru aku faham kenapa banyak syarikat ambil pekerja asing, peluang pekerjaan tu ada tapi korang nak gaji besar mana?” katanya di video berkenaan.
Bagi lelaki tersebut, walaupun telah mengikut saranan kerajaan terutamanya berhubung pemberian gaji dan elaun, masih ada lagi sesetengah pekerja tempatan yang mahukan gaji lebih besar tanpa mempunyai pengalaman.
Menerusi video berkenaan juga, dia turut menegur sikap sesetengah orang tempatan yang mendakwa sukar untuk mendapat pekerjaan.
Baginya, peluang pekerjaan itu ada namun perangai sesetengah individu yang terlalu memilih dan mahu gaji yang tidak munasabah menyukarkan mereka memperolehi pekerjaan.
Ooo sebab ni ramai local businesses tak nak ambik budak muda bekerja eh?
— adlie (@adliehassan) July 8, 2023
“Kau ingat bapak kau Pablo Escobar?” 😂 pic.twitter.com/LJsau9enRU
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Malah, ada diantara mereka yang turut sama berkongsi pengalaman bekerja dengan pekerja tempatan yang segelintirnya memberikan masalah kepada syarikat.
Berikut antara komen warganet:
Terpaksa Setuju Sebab Tengah Alami, Pekerja Asing Mudah Kira, Masuk Bab Pekerja Tempatan, Sumpah Lembik Budak-Budak Sekarang
Ramai Budak Nak Gaji Besar Tapi Kerja Malas
Kadang-Kadang Ada Teman Lelaki Yang Tak Bagi Kerja Sebab Balik Pukul 10 Malam
Itulah Realiti Budak Kita
Jadi apa pandangan anda tentang isu ini? Adakah anda bersetuju bahawa rakyat tempatan malas dan hanya mahukan gaji tinggi berbanding warga asing.
Baca Artikel Berkaitan: Ada 500 Ribu Belia Menganggur- Syed Saddiq Bantah Kenaikan Umur Persaraan
Baca Artikel Berkaitan: Lama Berkelana Di Jepun, Lelaki Ini Terkejut Perbezaan Ketara Gaji Diantara Engineer Di Sana & Malaysia