Bagai Drama, Wanita Terkejut Calon Menantu Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Buat para ibu majlis perkahwinan anak mereka dan menerima menantu baru pastinya menjadi salah satu perkara yang paling menggembirakan buat mereka.

Namun situasi ini mungkin berbeza apabila mengetahui menantu yang diraikan rupanya adalah anak kandung yang terpisah suatu masa dahulu.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita dari Suzhou, China baru-baru ini.

Terlihat tanda lahir pada ‘bakal menantu’

Menerusi laporan Mothership.sg, wanita berkenaan sewaktu menghadiri majlis resepsi anaknya pada 31 Mac lalu mulanya tekejut apabila melihat tanda lahir pada tangan bakal menantunya itu.

Ini kerana tanda lahir tersebut hampir sama dengan anak perempuannya yang hilang dan terpisah sejak 20 tahun lalu.

Tertanya-tanya dengan perkara tersebut, dia kemudian memberanikan diri bertanya satu soalan kepada bakal birasnya iaitu ibu bapa kepada menantunya itu. “Adakah anak kamu ini anak angkat?”

Soalan tersebut nyata mengejutan kedua ibu bapanya gadis tersebut, kerana bakal pengantin perempuan berkenaan sememangnya anak angkat namun perkara itu dirahsiakan kedua mereka dari orang lain kecuali kepada anak itu sendiri.

Memilih untuk berterus terang, kedua-dua bakal besannya kemudian mengakui bahawa anak perempuan mereka itu hanyalah anak angkat.

Jawapan tersebut membuatkan si ibu ini menangis teresak-esak, jika sebelum ini dia gembira dan teruja kerana anak lelakinya bakal berkahwin kini dia menjadi lebih bersyukur dan menangis gembira kerana dapat kembali bertemu anak kandungnya.

Menerusi laporan Daily Star pula, pengantin perempuan berkenaan sebaik mengetahui perkara tersebut terus menangis kegembiraan kerana dia sebelum ini memang tercari-cari siapakah dan dimana keluarga kandungnya.

Buat si ibu pula, dia juga difahakamkan tidak pernah berputus asa mencari anak kandungnya itu. Namun nasib tidak menyebelahinya, segala cara dan usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Keluarga angkat pengntin perempuan kemudian berkenaan kemudian menceritakan bahawa anak itu sebenarnya ditemui ditepi jalan seorang diri. Mereka kemudian memutuskan untuk menjaganya seperti anak sendiri.

Pengantin lelaki juga ada kisahnya tersendiri

Namun siapa sangka terdapat plot twist pada kisah pasangan pengantin ini. Kalau diikutkan, pastinya pasangan ini tidak lagi boleh berkahwin memandangkan mereka adalah adik beradik?

Namun siapa sangka disebalik kejadian tersebut, rupanya anak lelaki mereka juga adalah anak angkat. Wanita ini yang sudah kecewa kerana gagal menemui anaknya kemudian membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat untuk dipelihara.

Anak lelaki kini jadi menantu

Justeru disebabkan mereka tidak mempunyai pertalian darah, majlis berkenaan kemudiannya diteruskan dan mereka akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Buat si ibu dan anak-anaknya, mereka kini bukan sahaja gembira kerana meraikan majlis perkahwinan malahan mereka kini gembira kerana berjaya disatukan semula selepas 20 tahun terpisah.

Pertemuan tersebut turut disaksikan semua tetamu yang hadir. Mereka kemudian mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan kerana mendapat dua berita gembira tersebut.

Betapa hebatnya percaturan takdir..

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago