Apple Store Pertama Di Malaysia Dijangka Dibuka Di Kuala Lumpur Pada 2022

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Syarikat gergasi IT, Apple tidak dinafikan mempunyai pengikut mereka tersendiri. Malah produk keluaran terbaru mereka baik peranti seperti iPhone, iPad, Apple Watch Macbook iMac dan sebagainya sentiasa didambakan sejumlah besar peminat mereka di Malaysia.

Ini boleh di lihat di semua Apple Authorised Reseller (AAR) dan Apple Premium Reseller (APR) di seluruh pelusuk negara setiap kali terdapat pelancaran produk baru mereka memandangkan negara kita tidak mempunyai Apple Store sendiri berbanding negara jiran, Singapura dan Thailand.

Apple Store di Orchard Road Foto : Apple

Namun terbaru menerusi laporan The Edge, Malaysia dijangka akan mempunyai Apple Store pertama seawal tahun hadapan, 2022.

Jika benar apa yang diperkatakan, Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai Apple Store dan cawangan ini akan menjadi cawangan ke enam selepas Singapura (Orchard Road, Jewel Changi dan Marina Bay Sands) dan Thailand (Iconsiam, Central World)

Menerusi laporan sama, walaupun segalanya masih dalam perbincangan, Apple Store tersebut dijangka  dibuka di bangungan The Exchange TRX, yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange.

Pemilihan tersebut difahamkan disebabkan The Exchange TRX adalah lokasi yang seiring dengan pelan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. 

The Exchange TRX hab bisnes kepada beberapa buah syarikat besar selain turut menawarkan pasaraya berkonsep mewah dengan outlet-outletnya lebih 400 jenama.

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 hour ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

4 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

4 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

20 hours ago