Didakwa Sindir Jaehyun NCT Tidak Berjerawat Kerana Pembedahan Plastik, Iman Troye Tampil Beri Penjelasan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam nama penyanyi Iman Troye hangat diperkatakan di media sosial gara-gara satu komen yang dimuatnaiknya di laman instagram portal mstar.

Menerusi komen tersebut, Iman dilihat cuba mempertahankan Jaehyun yang teruk disindir segelintir netizen bahawa dia tidak berjerawat kerana telah melakukan pembedahan plastik.

“Kau ingat pembedahan plastik takkan tumbuh jerawat ke ? ” tulis Iman mempersoalkan komen netizen–netizen tersebut seolah pembedahan plastik akan menghalang jerawat dari tumbuh di muka.

Namun siapa sangka, komen tersebut telah disalah tafsirkan segelintir peminat K-pop khususnya peminat NCT yang menyangkakan Iman Troye sengaja menyidir artis kegemaran mereka.

Ekoran dari itu ramai mula menyerang akaun media sosial Iman sehingga namanya menjadi trending di Twitter.

Enggan berdiam diri, Iman yang juga dikenali sebagai seorang peminat K-Ppop kemudiannya tampil memperjelaskan keadaaan sebenar.

Menurut penyanyi lagu Teman itu, dia langsung tidak berniat mempersendakan Jaehyun sebaliknya dia lebih kepada ingin mempertahankannya.

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada orang ramai khususnya peminat K-pop sekiranya kenyataan tersebut telah membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati.

Penjelasan berkenaan disambut baik oleh ramai K-popers yang kemudiannya turut memohon maaf di atas salah faham berkenaan. Malah carian kami terdapat juga segelintir dari mereka yang dari awal lagi percaya bahawa Iman Troye sebenarnya memang berniat untuk mempertahankan Jaehyun namun ianya telah disalah ertikan oleh segelintir orang.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago