Terkenal Sebagai Penyanyi Lagu Raya Pertama Di Nusantara, Ini Kisah Ringkas Miss Aminah

Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, hari ini seluruh umat islam di Malaysia dan banyak negara di dunia secara amnya mula menyambut perayaan Aidilfitri.

Sambutannya meskipun secara sederahana disebabkan seluruh negara sedang menjalani PKP dalam menangani wabak Covid-19, kemeriahannya tetap terasa terutamanya di kalangan anak kecil.

Malah kehadiran lagu-lagu raya baru antaranya lagu Selamat Hari Raya nyanyian kumpulan trio, Kopratasa yang dilancarkan pada 5 Mei 2021 yang lalu membuktikan 1 Syawal tetap diraikan.

Namun di sebalik pelancaran lagu ini, tahukah anda bahawa ia sebenarnya adalah lagu versi ‘remake’ atau diberi nafas baru dari lagu raya pertama di Malaysia (waktu itu Tanah Melayu) dan di Nusantara.

Dihasilkan pada tahun 1936

Difahamkan lagu raya klasik yang dihasilkan pada tahun 1936 ini telah dicipta oleh Tengku Alibasha atau dikenali sebagai Che Ara Bangsawan di bawah label H.M.V Malay Records.

Foto : FB

Lagu ini pula dinyanyikan oleh seorang penyanyi bangsawan, Allahyarhamah Aminah Raden Nani atau lebih dikenali sebagai Miss Aminah.


Siapa Miss Aminah?

Miss Aminah lahir pada 19 Januari 1919 dan merupakan primadona Sri Panggung Bangsawan.

Bapanya Raden Nani adalah seorang penggiat Bangsawan manakala ibunya bernama Catherine De Bress atau nama islamnya Fatimah Abdullah.

Bergiat dalam dunia bangsawan seawal 5 tahun

Mula menceburkan diri dalam dunia seni bangsawan seawal usia 5 tahun, Miss Aminah kemudiannya menyinar pada tahun 1942 sewaktu berusia 23 tahun sehingga mendapat gelaran Sri Panggung Bangsawan.

Dari situ, anak kelahiran Singapura ini kemudiannya terus bergerak aktif dalam bidang seni di Malaya sebelum menetap di Pulau Pinang dengan menjadi tenaga pengajar kepada pelajar dan kakitangan USM dalam seni bangsawan. Selain itu beliau juga banyak mengajar dan menjadi penasihat seni bangsawan di serata Malaya.

Pernah melatih ramai golongan pelapis bangsawan

Selepas hampir berpuluh tahun bergelumang sebagai anak wayang dan melatih golongan pelapis bangsawan, Miss Aminah yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Bangsawan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang akhirnya meninggal dunia pada 6 November 2000 selepas diserang angin ahmar.

Kisah beliau sedikit sebanyak dikongsikan pemilik Facebook Wadah Seni Entertainment menerusi satu posting beberapa tahun yang lalu dan turut dibukukan oleh seorang penyelidik dan pengkaji budaya, Noraza Hj Abdul Aziz di bawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 2003 dengan tajuk Biografi primadona bangsawan Aminah Nani”

Miss Aminah(kanan) bersama sahabat karibnya, seniwati Normadiah Foto : Facebook |Hak cipta milik pemilik asal foto

Mula diketahui umum selepas dikongsikan komposer Yusnor Ef

Berbalik kepada lagu Selamat Hari Raya, meskipun ia pada mulanya kurang diketahui oleh masyaratkat masa kini, kisahnya mula diperkatakan orang ramai selepas didedahkan oleh seorang komposer dan penulis lirik veteran, Yusnor Ef atau nama sebenarnya Mohd Nor bin Mohd. Yusofe menerusi satu temuramah bersama akhbar Singapura MediaCorp beberapa tahun yang lalu.

Yusnor Ef juga bukanlah calang-calang komposer/penulis lirik, sebaliknya beliau sudah mula dikenali dan hidup sezaman dengan komposer Kassim Masdor, pencipta lagu Bahtera Merdeka nyanyian Ahmad Jais/Aishah.

Malah beliau juga banyak bergading bahu dengan Kassim Masdor dengan menjadi penulis lirik untuk beberapa lagu raya popular antaranya : Suasana Riang (Di Hari Raya) oleh Junainah M.Amin, & Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri) pada tahun 1972.

Selain itu beliau juga pernah bergandingan dengan Zubir Said dalam menghasilkan lagu raya Aifiltiri yang juga nyanyian Sanisah Huri.

Foto : Wikipedia

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago