Sering Teringatkan Arwah, Ibu Angkat Imbau Kenangan 6 Tahun Raya Bersama Adik Amir

Tragedi kematian seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek pernah menggemparkan satu Malaysia pada Januari lalu.

Arwah Amir dipercayai telah didera ibu kandung sendiri dan perkara tersebut merupakan salah satu berita yang amat meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan berita kematiannya.

Sehubungan dengan itu, tahun 2021 merupakan tahun pertama buat keluarga angkat arwah adik Amir beraya tanpanya disisi.

Imbau kenangan lalu

Menerusi laporan Mstar, keluarga Norlida yang juga merupakan keluarga angkat arwah Amir mengimbas kembali kenangan menyambut hari raya bersama arwah.

Dikhabarkan, mereka sekeluarga kebiasaaanya akan menyambut hari raya di kampung halamannya di Kedah.

Amir paling teruja untuk beraya

Foto: Mstar

Menurut sumber, Amir dikatakan paling teruja setiap kali mereka pulang ke Kedah. Ia adalah disebabkan arwah sangat gembira apabila sepupu dan saudaranya yang lebih berusia darinya akan melayaninya walaupun mereka bukanlah sebaya Amir.

Difahamkan keluarga sebelah ibu angkatnya itu juga melayan Amir dengan baik dan menganggapnya seperti keluarga kandung sendiri.

Arwah pandai ambil hati

Foto: Astro Gempak

Selain itu, Norlida juga berkata Amir pandai mengambil hati orang sekelilingnya. Contohnya, dia pernah memuji ketupat yang dibuat oleh neneknya sedap semasa dia makan ketupat tersebut, ujarnya sayu.

Kerinduan wanita tersebut kepada arwah anak angkatnya masih dirasai sungguhpun tragedi pilu tersebut sudah tiga bulan berlalu.

Foto: Astro Gempak

Al fatihah untuk adik Amir

Foto: Mykmu

Seluruh keluarganya masih bersedih dan sering teringat akan arwah. Namun menurut Norlida, mereka semua reda bahawa dengan takdir yang telah diberikan tersebut.

Semoga keluarga angkat arwah adik Amir tabah dengan ujian yang dilalui mereka dan dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

10 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

11 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

11 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

12 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

13 hours ago