Now Reading
Staf Google & Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

Staf Google & Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini bermulanya gencatan senjata di antara rejim Zionis dan Palestin selepas hampir 11 hari pertempuran ganas.

Masyarakat dunia meraikan pengumuman gencatan tersebut dan menyifatkan ia satu kemenangan buat warga Palestin dan pejuang-peguang mereka terhadap penindasan oleh Israel.

Namun disebalik pengumuman tersebut, kecoh dunia IT apabila pekerja-pekerja dari syarikat gergasi Apple dan Google memohon kepada majikan mereka agar mengecam penindasan Israel terhadap negara Arab tersebut.

Ibu pejabat Apple di Cupertino, California

1000 pekerja Apple mohon Tim Cook kecam kekejaman terhadap palestin

Difahamakn 1000 pekerja Apple telah memohon kepada CEO mereka, Tim Cook, untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

Mereka yang merupakan ahli dari sebuah kesatua di bawah Apple, iaitu Apple Muslim Association (AMA), mengutusan surat secara internal surat meminta Apple mengakui situasi sebenar dimana terdapat berjuta warga Palestin sedang tersiksa.

Tindakan tersebut diambil selepas Apple dilihat hanya berdiam diri dan gagal mengeluarkan kenyataan mengecam keganasan terhadap Palestin berhubung dengan apa yang berlaku sejak awal bulan ini.

Staf Google berbangsa Yahudi mohon majikan sokong Palestin

Namun keadaan di Google dilihat sedikit luar biasa apabila rakyat Palestin mendapat sokongan dari pekerja berbangsa Yahudi sendiri.

Difahamkan staf-staf mereka yang terdiri dari bangsa Yahudi memohon CEO mereka, Sundar Pichai agar mengeluarkan kenyataan menyokong Palestin dan mengecam tindakan kejam rejim Israel.

Mereka yang merupakan ahli kesatuan  Diaspora Yahudi dalam masa sama turut meminta Google untuk mendengar suara rakan sekerja mereka yang berasal dari Palestin.

Antara isi surat tersebut yang diberikan kepada Pengurusan Google

Selain itu mereka turut menggesa syarikat gergasi IT itu untuk menghentikan segala hubungan dengan firma yang menyokong tindakan kejam Israel kepada rakyat Palestin antaranya Israeli Defence Forces (IDF)

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.