Isu Tular Pendaftaran Ahli Secara Automatik , Ini Respon Tegas RELA

Sejak semalam media sosial hangat memprkatkan mengenai isu pendaftaran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ianya mula tular selepas bebrapa individu tampil mendakwa tidak pernah mendaftarkan diri sebagai anggota jabatan berkenaan namun identiti mereka telah disahkan sebagai ahli menerusi laman semakan MYRela

Namun sebaik isu tersebut panas, laman berkenaan gagal diakses dipercayai akibat trafik yang terlalu tinggi sebelum ia akhirnya ditutup untuk diselenggara.

Dakwaan Adalah Tidak Benar – RELA

Terbaru RELA mendakwa dakwaan pendaftaran secara automatik tanpa kebenaran individu tersebut adalah tidak benar.

Jabatan mereka menerusi satu kenyataan sebaliknya menegaskan perbuatan tersebut sebaliknya bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Menurut mereka pendaftaran sebagai anggota RELA adalah seperti yang termaktub dalam Seksyen 7 (1), Pendaftaran Sebagai Anggota RELA, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) 2012.


“Dakwaan menggunakan data peribadi seseorang lain untuk didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan adalah tidak benar,”

“Rela tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit,”

“Di bawah seksyen ini dinyatakan seseorang berumur 18 tahun dan ke atas yang berupa seorang warganegara dan bukan anggota angkatan tentera atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota Rela.

Manakala, Seksyen 5(1) Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 Pindaan 1 Februari 2005 (telah dibatalkan) menyatakan kecuali diperuntukkan kemudiannya, setiap orang lelaki yang telah mencapai umur 18 tahun dan orang yang belum mencapai umur 55 tahun hendaklah bertanggungan untuk berkhidmat dalam Ikatan Relawan Rakyat.

Akan jalankan siasatan dalaman

Menerusi kenyataan sama RELA juga memaklumkan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

“RELA juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan sudah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan.

“Bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 akta itu digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA,” katanya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago