Pelajar Cedera Parah Selepas Terlibat Kemalangan Semasa Cari Capaian Internet Untuk PdPR

Siapa sangka hanya kerana ingin mendapatkan capaian internet yang baik bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seorang pelajar sekolah di Perak parah selepas terlibat dalam satu kemalanan jalan raya pada jumaat lalu.

Pelajar tersebut, Siti A’isyah Mohd Idris, 17, pelajar aliran Sais dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein, difahamkan sedang menunggang motosikalnya di Jalan Rantau Panjang-Selama menghala ke rumah bapa saudaranya di Taman Permai 2 sebelum terbabit berlanggar dengan sebuah kereta BMW pada jam sekitar 9.45 pagi.

Menurut kakak mangsa, Siti Nurzulfa, 22, kemalangan tersebut menyebabkan adiknya mengalami patah paha kiri, tulang rahang selain terpaksa menerima jahitan.

Siti Nurzulfa Mohd Idris, menunjukkan motosikal yang ditunggang adiknya yang terlibat dalam kemalangan
Foto : Bernama

Kisah sedih tersebut di kongsikan Zulfa menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

“Doakan semoga adik saya cepat sembuh…semalam dia terlibat kemalangan di Selama. Kejadian berlaku dalam 9.45 pagi (sewaktu dia dalam perjalanan ke pekan selama untk kelas pdpr online pada pagi tersebut.

“Di rumah saya tiada line, internet slow…adik saya pelajar target(harapan) SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Hussein (SMKDHH) ” tulisnya.

Menurut NurZulfa lagi bcapaian internet yang lemah memaksa dia dan adiknya untuk berulang ke rumah seorang pakcik mereka yang jaraknya sejauh 7km di Pekan Selama.

“Oleh kerana capaian internet yang lemah di rumah di Kampung Baru Batu 3, adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir tujuh kilometer di Pekan Selama,” katanya.

Namun keadaan tersebut akhirnya membuatkan adiknya kemalangan malah dia sendiri turut trauma untuk ke sana bagi menjalani sesi PdPr.

Sudah lama buat aduan namun tiada maklum balas

Jelasnya isu ketiadaan internet katanya lagi sudahpun diutarakan penduduk di kawasan kepada syarikat telco dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) malah dia sendiri sudah berbuat perkara yang sama memandakan keadaan tersebut menyukarkan dia dan ramai lagi pelajar yang tinggal di kampung tersebut.

Namun aduan tersebut masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya.

“Isu tiada line di Selama ni dah lama…dan ramai dah orang yang membuat aduan kepada SKMM isu ni…tapi masih tiada tindakan.. saya berharap agar pihak berwajib akan mengambil tindakan dengan sewajarnya.

Jika pelajar Sabah Veveonah sanggup panjat pokok semata -mata cari line…kami pon sanggup berkorban nyawa hadapi risiko di jalan raya mencari line untuk menuntut ilmu. Saya hanya bersuara demi keselamatan pihak semua juga.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Kamarudin yang ditemui media memaklumkan terdapat 10 pencawang akan dinaik taraf menerusi Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 di Selama bagi mengatasi masalah capaian liputan internet dan telekomunikasi yang lemah itu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago