Lelaki Terkejut Maggi Goreng Dipesan Di Singapura Berwarna Merah, Tak Sama Macam Di Malaysia

Perbezaan stail masakan setiap negara adalah perkara yang sudah menjadi kemestian. Kalau tak wujudnya kelainan ini, tak dapat lah kita teroka kepelbagaian jenis juadah dari seluruh tempat kan?

Namun ia sedikit mengejutkan lelaki ini kerana juadah yang diterimanya tak sama seperti dibayangkan.

Terkejut dengan kelainan Maggi goreng yang dibuat

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ini terkejut dengan pesanan Maggi goreng yang dibuat. Lain dengan selalu dilihat, juadah itu disediakan berwarna merah dan cukup berbeza seperti kebiasaannya dihidangkan di negara ini iaitu berwarna lebih cerah.

Foto: FB Derrick Yeo

Dia kemudian telah berkongsi pengalaman itu di sebuah grup Facebook kerana pertama kali menerima hidangan Maggi goreng sedemikian rupa.

Tambah lelaki yang lebih dikenali sebagai Derrick Yeo menerusi penulisannya di posting itu, dia tidak berani untuk memesan menu yang sama lagi.

Lain kali saya dah tak berani nak beli lagi. Pertama kali pesan Maggi goreng di sini, saya tak tahu akan dapat macam ni.

Rakyat Singapura tampil beri penjelasan

Namun begitu, beberapa rakyat Singapura kemudiannya tampil menjelaskan mengenai Maggi goreng yang sememangnya berwarna merah di negara itu. 

Netizen ajar cara order ikut pilihan

Ada juga yang memberi cadangan untuk memesan Maggi goreng putih sekiranya Derrick lebih memilih stail masakan Malaysia.

Walaubagaimanapun, sos berwarna merah yang digunakan dalam penyediaan Maggi goreng sebenarnya untuk menambah rasa atau sebagai gambaran kepedasan hidangan itu.

“Bukannya tak sedap…”

Dia juga telah menjelaskan hidangan itu bukanlah tidak sedap dan dia sedar setiap negara mempunyai kelainan masing-masing terutama pada makanannya. Perkongsian tersebut dibuat semata-mata untuk menunjukkan reaksinya pertama kali menerima hidangan itu dimasak dengan sos berwarna merah.

Beli lagi sekali dengan stail Malaysia

Tak terhenti di situ, lelaki itu kembali ke ruangan komen untuk berkongsi pembelian Maggi goreng kali kedua yang dipesan dengan stail Malaysia.

Saya beli Maggi goreng lagi hari ini dengan stail Malaysia. Memang sedap. Rasa yang sangat dirindui. Terhapus terus semua trauma.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago