fbpx
Now Reading
“Nak Nangis Tapi Tahan..” – Video Nenek Hulur Duit Buat Cucu Sambil Imbas Kenangan Lama Cetus Hiba

“Nak Nangis Tapi Tahan..” – Video Nenek Hulur Duit Buat Cucu Sambil Imbas Kenangan Lama Cetus Hiba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan datuk dan nenek, korang mesti pernah rasa tiba-tiba dihulur sejumlah duit. Malah ada juga yang sampai beri secara senyap-senyap.

Kadang kala rasa keliru dan serba salah berkemungkinan jumlah yang diberi terlalu besar atau kita tak pernah mengharap apa-apa daripada mereka.

Perkara ini sudah semestinya menjadi salah satu memori yang paling bermakna bersama mereka dan tak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Selalu sangat bagi, kalau simpan boleh jadi jutawan.”

Di sosial media, tular sebuah video dimana lelaki ini menerima duit daripada neneknya. Namun situasi bertukar hiba sewaktu warga emas itu ‘throwback’ kembali kisah sewaktu lelaki itu masih kecil.

@official_senyumss

Aku nak menangis tapi aku tahan,doakan tokwan aku sentiasa sihat🤲🏻 ##fyp ##fypシ ##esekeli

♬ nhạc nền – Chill Uot Lofi

Menerusi video dikongsi lelaki itu sendiri di TikTok @official_senyums, difahamkan neneknya yang mesra dipanggil Tokwan menghulur sejumlah wang seperti yang kerap kali diberikan kepadanya.

Awalnya dah terima duit, tapi diberi lagi sekali

Menurutnya, sebelum itu dia telah menerima wang sebanyak RM10, tetapi secara tiba-tiba dia diberikan lagi RM50.

Pada masa yang sama, Tokwannya sempat bergurau seketika dengannya sebelum wang itu diterima.

Nenek imbas kembali cerita sewaktu lelaki itu masih kecil

Namun gurauan itu bertukar sayu selepas warga emas itu membuka cerita mengenai lelaki itu yang pernah dijaganya sewaktu masih kecil.

“Ambil lah Mad. Aku ingat lagi kan kau. Aku ingat cucu yang aku bela dulu.”

Perkongsian yang mengundang air mata ini telah mendapat lebih 2 juta kali tontonan dan 246 ribu jumlah sukaan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang sebak dengan situasi itu. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu dengan nenek yang sudah tiada.

“Kenapa mata masuk habuk ni..” – Netizen

Kenangan bersama arwah datuk

Dengar suara nenek undang sebak

Dah lama tak jenguk nenek di kampung

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.