fbpx
Now Reading
Tular Insiden Balut Makanan Guna Kertas Buku Log, Wakil Restoran Mohon Maaf & Perjelas Apa Yang Terjadi

Tular Insiden Balut Makanan Guna Kertas Buku Log, Wakil Restoran Mohon Maaf & Perjelas Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial baru-baru ini selepas seorang lelaki mendakwa makanan yang dibelinya dari sebuah restoran telah dibungkus menggunakan kertas terpakai.

Difahamkan lelaki tersebut, Jasonini Wong telah memesan roti bakar menggunakan aplikasi GrabFood, namun sebaik pesanannya diterima, dia begitu terkejut melihatkan roti bakarnya dibalut menggunakan telah dibalut menggunakan helain kertas dari buku log yang merekodkan data keluar masuk pelanggan restoran berkenaan,.

Menerusi hantaran sama, Jasonino turut meminta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha restoran yang terletak di Bangsar tersebut.

Perkongsian Jasonino Wong tersebut kemudian mula mendapat perhatian banyak pihak termasuk portal-portal tempatan sehingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang jijik dengan kaedah yang digunakan restoran tersebut.

Malah ramai bersetuju kertas berkenaan pastinya sudah pun tercemar memandangkan terdapat puluhan pelanggan akan menyentuh nya setiap hari lebih-lebih di zaman pandemik sedang mengganas di seluruh negara.

Restoran dakwa ianya dilakukan pekerja bukan warganegara

Teruk dikecam orang ramai, pihak restoran kemudiannya tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Menurut restoran berkenaan, tindakan berkenaan sebenarnya telah dilakukan oleh seorang pekerja mereka yang bukan berstatus warganegara.

Tidak rujuk pada penyelia dan pemilik restoran

Malah tindakannya menggunakan kertas berkenaan untuk membungkus makanan langsung tidak merujuk kepada majikannya terlebih dahulu.

“Kami dapati seorang pekerja asing kami telah membuat keputusan sendiri dengan menggunakan kertas(buku log) berkenaan untuk membungkus makanan disebabkan kami kehabisan pembungkus makanan, namun jika dia merujuk kepada penyelia, kami pasti akan membungkus makanan tersebut kedalam bekas makanan biasa untuk penghantaran.

“Ini terjadi disebabkan pekerja tersebut tidak merujuk kepada kami dan mengambil keputusan sendiri hingga menimbulkkan masalah kepada kami.

Mohon maaf dan berjanji insiden sama tidak akan berulang

Mereka dalam masa sama turut memohon maaf kepada orang ramai diatas apa yang terjadi dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama selepas ini.

“Kami mohon maaf di atas insiden ini. Mudah-mudahan orang ramai masih memberi kami satu lpeuang untuk memperbaiki kesilapan kami dan kami akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa mendatang.” tulis kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.