fbpx
Now Reading
Pelajar Tak Hadir Kelas Online, Bagi Alasan Urus Kambing Beranak Siap ‘Selfie’ Undang Dekah Netizen

Pelajar Tak Hadir Kelas Online, Bagi Alasan Urus Kambing Beranak Siap ‘Selfie’ Undang Dekah Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19, ramai yang telah menggunakan media sosial untuk berkongsi kehidupan seharian dan sebagainya. 

Tak terkecuali, terdapat banyak golongan pelajar yang menunjukkan pelbagai ragam sewaktu sesi kelas berlangsung.

Pensyarah minta pelajar yang tak hadir ke kelas untuk beri nama dan alasan

Seperti yang tular baru-baru ini, reaksi seorang pelajar memberi alasan tidak dapat hadir ke kelas telah mengundang dekah netizen.

@cahhhhhhh_6

korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence🤣🤣 Agak ii kisah ni masuk fyp tak🙊😂##studentlife ##odl ##uitm ##kambing

♬ Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tik tok & Tendencias & Challenge

Menerusi video yang dikongsi di TikTok @cahhhhhhh_6, pensyarahnya telah meminta pelajar yang tidak hadir ke kelas untuk memberi nama beserta dengan alasan di aplikasi WhatsApp.

Setelah itu, salah seorang rakan sekelasnya yang tidak dapat mengikuti kelas secara atas talian pada hari itu meninggalkan alasan sedang menguruskan kambing peliharaannya beranak.

Suruh hantar selfie bersama anak kambing

Namun begitu, respon yang diberikan berkemungkinan tidak meyakinkan atau nampak seperti sebuah gurauan. Pelajar lelaki tersebut kemudian diminta untuk menghantar selfie bersama anak kambing tersebut.

Dia yang langsung tidak bergurau telah menghantar sekeping gambar seperti yang diminta keesokan paginya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan respon yang diberikan pelajar tersebut.  Ada juga yang tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman hampir sama.

“Sangat jujur bagus sekali” – Netizen

Nasib baik tak menipu

Pernah alami situasi yang sama

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.