fbpx
Now Reading
Didakwa Hina Kesucian Kaabah, Universiti Al-Azhar Kritik Permainan Video Popular

Didakwa Hina Kesucian Kaabah, Universiti Al-Azhar Kritik Permainan Video Popular

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Universiti Al-Azhar baru-baru ini memperingatkan orang ramai bahaya sebuah permainan Video Game popular, Fornite yang didakwa menghina kesucian kaabah.

Menerusi laporan Midle East Monitor, amaran tersebut dikeluarkan Pusat Antarabangsa Untuk Fatwa Elektronik Al- Azhar, menerusi satu kenyataan selepas penularan beberapa foto screenshot yang menunjukkan pemain berdiri memegang kapak di hadapan rumah suci umat islam tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan mereka, permainan video ini disifatkan memperlekehkan agama islam dengan mengajak pemainnya untuk meruntuhkan kaabah sebagai sebahagian dari misi untuk maju ke peringkat seterusnya.

Selain itu mereka turut menekankan bahawa permainan video ini juga secara tidak langsung telah mencuci pemikiran anak muda dan telah mengalih tugas asas seorang manusia yang sepatutnya mencari ilmu dan pekerjaan yang berguna.

“The centre has previously warned against some electronic games that preoccupy the minds of young people, distract them from their basic tasks of acquiring useful knowledge or work, and lock them up in virtual worlds away from reality while inciting them to hatred and self-harm or the harm of others,”

Dalam laporan berbeza, Pengarah Pusat Antarabangsa Untuk Fatwa Elektronik Al- Azhar turut mengingatkan orang ramai khususnya pemain Fortnite untuk lebih berhati-hati dengan isu sebegini.

Meskipun hanyalah didalam ‘skrin’ dan berbentuk permainan, isu sebegini akan menghasut lebih banyak kebencian secara tidak langsung menyokong ideologi keganasan melampau.

Hasil carian BuzzKini, memang terdapat imej dan objek yang menyerupai Kaabah dan Masjidil Haram di dalam video tersebut namun tiada sebarang aktiviti menghancurkannya seperti yang tular di media sosial.

Fornite tampil beri penjelasan

Terbaru, pasukan Fornite menerusi satu hantaran Facebook tampil menjawab isu berkenaan dan memaklumkan mereka sentiasa berpegang pada prinsip untuk menghormati mana-mana agama.

Menurut pembangun permainan tersebut, foto tular yang memperlihatkan beberapa pemain sedang berdiri di hadapan kaabah sebenarnya direka oleh seorang pemain sendiri menerusi mod ‘creative’ yang membenarkan pemainnya melakukan suntingan.

Mod creative bagaimanapun tidak membolehkan mana-mana pemain untuk menghancurkan kaabah yang dibina.

“The content referred to is an island made by a player in Creative mode, where on the island you cannot destroy the Kaaba.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.