fbpx
Now Reading
Bersolidariti Secara Maya Dalam Game Roblox, Golongan Muda Dipuji Buat Protes Digital [Video]
roblox palestin (2)

Bersolidariti Secara Maya Dalam Game Roblox, Golongan Muda Dipuji Buat Protes Digital [Video]

Sepanduk “Solidarity Untukmu Palestine” juga dilihat digantung pada bahagian tengah pentas sewaktu perhimpunan tersebut dilakukan di aplikasi Roblox.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak disangkal lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak getar menegaskan pendiriannya meskipun mendapat ugutan dari negara luar.

Tanpa mengira bangsa dan agama, rakyat Malaysia juga sama-sama bersolidariti dengan perjuangan Palestin.

Selain Malaysia, hampir seluruh masyarakat dunia memberi sokongan kepada Palestin termasuklah dari negara Timur Tengah seperti Turkiye, Oman, Jordan dan negara barat meibatkan Amerika Syarikat serta United Kingdom.


Pengguna Roblox Berkumpul Di Alam Maya Sempena Solidariti Bersama Palestin

Difahamkan golongan remaja bawah umur di segelintir negara tidak dibenarkan untuk menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel.

Sebagai satu inisiatif lain, mereka menganjurkan protes berkenaan secara maya menerusi aplikasi permainan Roblox sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Perhimpunan secara online itu dilakukan menerusi server bernama ‘Dataran Tanjung Mas’ dalam aplikasi permainan Roblox.

Sumber: X (Twitter)

Walaupun ia sekadar atas talian, tetapi sambutan yang diterima cukup mengalakkan kerana ramai pengguna dilihat turut membawa bendera Palestin bersama mereka.

Laungan takbir ‘Allahuakbar’ juga kedengaran dalam kalangan pengguna-pengguna yang lain.

Malah, perkarangan di kawasan sekitarnya juga kelihatan banyak bendera Palestin yang digantungkan pada tiang lampu.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang digantung di bahagian tengah pentas yang bertulis “Solidarity Untukmu Palestine”.

Suasana perhimpunan tersebut turut dikongsikan semula di laman X (Twitter @jllmisai).

Ramai Kagum Dengan Perhimpunan Maya Bersolidariti Bersama Palestin Di Roblox

Inisiatif moden yang dilakukan itu juga membuatkan ramai pihak kagum kerana menganggapnya sebagai satu idea yang bernas dari kalangan golongan muda.

Netizen turut memuji kecomelan serta kesungguhan mereka untuk menyatakan sokongan kepada Palestin.

Generasi muda zaman sekarang ini juga dilihat peka dengan isu semasa yang berlaku dan sudah bijak dalam membuat keputusan dalam situasi seperti ini.

Sumber: X (Twitter)

Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Di Stadium Axiata Arena

Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin, kerajaan Malaysia telah menganjurkan Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin (Malaysia Stands With Palestine Rally) semalam, 24 Oktober di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lautan putih yang memenuhi stadium itu dijangka dihadiri lebih daripada 16,000 peserta termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Laungan ‘Hidup Gaza’, ‘Israel Cuak’ dan ‘Hancur Zionis’ turut bergema di seluruh stadium.

Sumber: TRP

Dalam perhimpunan tersebut, Anwar menegaskan kerajaan Malaysia tidak akan tunduk dengan sebarang ugutan demi perjuangan Palestin.

Kita rakyat Malaysia sememangnya tegas dalam mempertahankan hak Palestin. Dari jauh kita sokong kerana apa yang berlaku telah menyentuh nurani kita. Saya dikritik, diserang oleh beberapa negara Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas PM lagi, Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat justeru berhak untuk menyokong Palestin.

Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PMX Dedah Terima Ugutan Dari Negara Barat, Namun Bertegas Akan Terus Pertahan Palestin

Artikel Berkaitan: Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut Serta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.