fbpx
Now Reading
“Kita Cuma Orang Kecil..” – Ustaz Ebit Lew Terharu Dianugerah Duta Muhibbah Palestin

“Kita Cuma Orang Kecil..” – Ustaz Ebit Lew Terharu Dianugerah Duta Muhibbah Palestin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pendakwah dan aktivis kesayanagna rakyat Malaysia, Ustaz Ebit Lew ketika ini sedang sibuk menjalani misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Namun siapa sangka disebalik kehadirannya disana, mendapat penghormatan dari kerajan Palestin apabila dianugerahkan Duta Muhibbah atau Palestine Goodwill Ambassador.

Beliau yang berkongsi perkara tersebut di akaun Facebooknya turut meluahkan rasa syukur dan terharunya di atas penghargaan yang diberikan.

“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador.

“Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapa pun. Cuma niat nak menolong sahaja,” tulis beliau.

Difahamkan sewaktu pertemuan tersebut, Ebitw dan wakil kerajaan Palestin turut berbincang untuk mengadakan lebih banyak program di sana untuk masa mendatang.

“Saya bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk projek ‘Cultural Exhibition of Heroism and Sacrifice’.

“Demi maslahat anak muda remaja di sana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga sudah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid.

“Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi, ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.