Bertahun Curi Hasil Usaha Orang Lain, Pemilik Supreme ‘Copy Ori’ Akhirnya Dipenjara & Didenda RM43 Juta

Bertahun-tahun hidup mewah dan mengaut keuntungan dengan cara ‘kotor’, pengasas Supreme Italia, atau lebih tepatnya pengasas bersama jenama Copy Ori ‘Supreme’ akhirnya dipenjarakan selepas didapati bersalah dia menjual barangan ciplak di seluruh dunia.

Michele Di Pierro, 53 tahun yang merupakan pemilik International Brand Firm Ltd. (IBF) dikenakan hukuman penjara selama 8 tahun manakala anaknya Marcello Di Pierro selama 3 tahun oleh Mahkamah London pada jumaat lalu.

Selain hukuman tersebut, kedua-duanya turut diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD 10.4 Juta(bersamaan RM43 Juta) kepada pemilik asal Supreme, VF Corporation sebagai ganti rugi.

Model perniagaan biadap dan kurang ajar

Hakim Martin Beddoe sewaktu menjatuhkan hukuman turut menyifatkan model perniagaan Michelle Di Pierro yang secara terang-terang memalsukan jenama Supreme adalah ‘biadap’ dan ‘kurang ajar’.

Mereka bukan sahaja menipu dengan memalsukan jenama Supreme yang sebenarnya dimiliki Supreme New York, malahan mereka cuba menghalalkan jenama fake ‘Supreme’ Italia dan Supreme Spain milik mereka sebagai jenama ‘sah’ atau didalam bahasa mudahnya ‘Legal Fakes’ dengan membuat pendaftaran Trademark di banyak negara antaranya di Eropah seperti Itali, Sepanyol, San Marino dan Asia iaitu di Singapura dan Indonesia.

Bukan itu sahaja mereka dengan beraninya telah membuka puluhan butik besar menggunakan jenama Supreme di banyak negara di Eropah antaranya di Sepanyol dan Itali sehinggalah ke kemuncaknya membuka butik terbesar mereka di China yang kini sudahpun diarah tutup pada tahun lalu.

Baca artikel berkaitan : Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China

Kedai Supreme ciplak terbesar didunia milik IBFyang terletak di China yang sudahpun diarah tutup tahun lalu Foto : NSS Magazine

Kesemua keputusan ini di buat mereka tanpa merujuk kepada pemilik asal Supreme New York, James Jebbia.

Mereka yang tidak hadir ke mahkamah namun kemudianya berjaya ditahan dengan kebenaran waran tangkap bagaimanapun tetap menafikan kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan itu dengan mendakwa mereka difitnah.

Terdahulu Michele pada satu temu bual bersama The Wall Street Journal pada 2019 dengan bangganya mendakwa tidak pernah mengenali atau tahu kewujudan James Jebbia dan jenama ‘Supreme’ meskipun begitu meminati dunia fesyen.

Sebagai rekod butik Supreme yang asli iaitu Supreme New York yang diasaskan pada tahun 1994 hanya mempunyai 12 buah butik iaitu di London(1), Paris(1 outlet) dan Jepun (4 Outlets) manakala bakinya semua di Amerika Syarikat.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago