Bertahun Curi Hasil Usaha Orang Lain, Pemilik Supreme ‘Copy Ori’ Akhirnya Dipenjara & Didenda RM43 Juta
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bertahun-tahun hidup mewah dan mengaut keuntungan dengan cara ‘kotor’, pengasas Supreme Italia, atau lebih tepatnya pengasas bersama jenama Copy Ori ‘Supreme’ akhirnya dipenjarakan selepas didapati bersalah menjual barangan ciplak di seluruh dunia.
Michele Di Pierro, yang juga pemilik International Brand Firm Ltd. (IBF) dikenakan hukuman penjara selama 8 tahun manakala anaknya Marcello Di Pierro selama 3 tahun oleh Mahkamah London pada Jumaat lalu.
Selain hukuman tersebut, kedua-duanya turut diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD 10.4 Juta (bersamaan RM43 Juta) kepada pemilik asal Supreme, VF Corporation sebagai ganti rugi.
Model perniagaan biadap dan kurang ajar – Hakim
Hakim Martin Beddoe sewaktu menjatuhi hukuman turut menyifatkan model perniagaan usahawan berusia 53 tahun itu yang secara terang-terang memalsukan jenama Supreme adalah ‘biadap’ dan ‘kurang ajar’.
Mereka bukan sahaja menipu dengan memalsukan jenama Supreme yang sebenarnya dimiliki Supreme New York, malahan mereka cuba menghalalkan jenama fake ‘Supreme’ Italia dan Supreme Spain milik mereka sebagai jenama ‘sah’ atau di dalam bahasa mudahnya ‘Legal Fakes’ dengan membuat pendaftaran Trademark di banyak negara antaranya di Eropah seperti Itali, Sepanyol, San Marino dan Asia iaitu di Singapura dan Indonesia.
Bukan itu sahaja, mereka dengan beraninya telah membuka puluhan butik besar menggunakan jenama Supreme di banyak negara di Eropah antaranya di Sepanyol dan Itali sehinggalah ke kemuncaknya membuka butik terbesar mereka di China yang kini sudah pun diarah tutup pada tahun lalu.
Baca artikel berkaitan : Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China
Kesemua keputusan ini dibuat mereka tanpa merujuk kepada pemilik asal Supreme New York, James Jebbia.
Mereka yang tidak hadir ke mahkamah bagaimanapun berjaya ditahan selepas keluarnya waran tangkap terhadap mereka.
Pun begitu usahawan itu dan anaknya tetap menafikan kesalahan yang dilakukan dengan mendakwa bahawa mereka telah difitnah.
Terdahulu Michele pada satu temu bual bersama The Wall Street Journal pada 2019 dengan bangganya mendakwa tidak pernah mengenali atau tahu kewujudan James Jebbia dan jenama ‘Supreme’ meskipun begitu meminati dunia fesyen ‘streetwear’.
Sebagai rekod butik Supreme asli iaitu Supreme New York yang diasaskan pada tahun 1994 hanya mempunyai 12 buah butik iaitu di London (1 outlet), Paris (1 outlet) dan Jepun (4 Outlets) manakala bakinya semua di Amerika Syarikat.
Baca artikel berkaitan :