Pendakwah dan aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew sebentar tadi telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi difahamkan berhubung beberapa tuduhan mengenai misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.
Beliau sebaik membuat laporan telah mengadakan satu sidang media ‘ringkas’ memaklumkan apa yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak adalah fitnah.
Menerusi video perkongsian sidang media di laman Facebook beliau, UEL turut memaklumkan kepada media yang beliau akan membuat penjelasan penuh dalam masa terdekat berkemungkinan pada esok hari.
Menerusi satu lagi perkongsian terbaharu di akaun Facebooknya, Ustaz Ebit mengesahkan yang beliau akan tampil live menjawab segala tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada beliau pada khamis, 12 tengahari.
Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.
“Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih..Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah” kata beliau lagi.
Dalam pada itu rapper dan usahawan, Caprice yang sebelum merancang untuk mengadakan satu sesi IG Live pada malam ini bagaimanapun mengumumkan membatalkan hasratnya.
Menerusi IG Story, Caprice memaklumkan dia terpaksa melupakan hasratnya selepas satu laporan polis telah dibuat dipercayai berhubung isu berkenaan.
Dia dalam masa sama turut berkongsi satu siaran media dari Jabatan Siasatan Jenayah yang menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah memandangkan ia merupakan satu kesalahan dan boleh disiasat di bawa beberapa akta.
Terdahulu, pengasas Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al nuri menerusi telegram telah berkongsi satu perkongsian panjang lebat mengenai pandangannya berhubung misi kemanusiaan UEL ke sana baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…
Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…