Individu Jual Tisu Dengan Harga RM 4.2 Juta, Dakwa Ia Digunakan Messi Untuk Lap Air Mata

Peminat sukan pasti tahu yang pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi sudah pun berhijrah ke kelab gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG) selepas kontraknya bersama Barcelona berakhir 30 Jun 2021 lalu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Barcelona dan Messi untuk terus kekal bersama, namun kekangan ekonomi kelab tunggalnya itu selain struktur La Liga yang baharu tidak membenarkan mereka untuk terus ‘bersama’

Berikutan itu, Messi sebelum secara rasmi meninggalkan kelab Catalan berkenaan telah mengadakan satu sidang media khas sebagai tanda selamat tinggalnya kepada mereka.

Berlangsung penuh suram, Messi sewaktu sidang media tersebut jelas gagal menahan sebaknya apabila beberapa kali dilihat menitiskan air matanya di hadapan mereka yang hadir di sidang media di Camp Nou itu.

Isterinya, Antonela Roccuzzo kemudian mara kehadapan sebelum memberikan Messi sekeping tisu agar dia dapat mengelap air mata dan hingusnya itu sambil disaksikan para hadirin yang berada disana.

Foto : Getty

Namun siapa sangka, selepas beberapa hari sidang media dilangsungkan, tisu yang digunakan Messi itu menjadi perbualan hangat selepas seorang individu tidak dikenali mendakwa dia berjaya mengambil tisu berkenaan yang sudah dibuang.

Dia kemudiannya telah bertindak menawarkan tisu berkenan di sebuah laman web atas talian di Argentina, Mercado Libre  pada harga US$ 1 Juta atau bersamaan RM4.2 Juta.

Lebih mencuri tumpuan apabila dia menjadikan tisu yang sudah digunakan itu seperti harta karun kerana mengandungi genetik Messi yang menurutnya boleh menjadikan sesiapa yang memilikinya menjadi sehebat pemain kelahiran Rosario Santa Fe, Argentina itu.

Sejauh mana kesahihan dakwaan penjual tersebut bahawa tisu tersebut benar-benar milik Messi adalah tidak diketahui.

Namun kami sendiri meraguinya memandangkan individu tersebut dipercayai berada di Argentina sedangkan sidang media perpisahan mesti berlangsung di Camp Nou.

Messi terkenal dengan kontrak tisu kertas

Namun Messi memang terkenal dengan hal membabitkan tisu dimana dia suatu masa dahulu telah menandatangai kontrak pertamanya dengan Barceloma menggunakan tisu kertas.

Pegawai pasukan berkenaan Carles Rexach difahamkan terpaksa bertindak berkenaan kerana khuatir Messi yang ketika itu baru berusia 12 tahun akan disambar pasukan lain.

Yang menariknya kertas tisu berkenaan masih lagi disimpan sehingga ke hari ini dan telah pun dibingkaikan sebagai kenangan.

Ejen pertama Messi, Horacio Gaggioli bersama kontrak ’tisu’ di antara pemain tersebut dan kelab Barcelona

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

17 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

19 hours ago