Tindakan Individu Dipercayai Positif Covid-19 Keluar Rumah Untuk Hidu ‘Oksigen Free’ Buat Netizen Berang

Umum pasti mengetahui negara kita ketika ini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 yang paling menakutkan.

Dengan angka jangkitan melepasi parasa 19,000 setiap hari,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP serta mengambil vaksinasi secepat mungkin.

Malah peningkatan kes ini menyebabkan MKN dan KKM memutuskan keperluan bagi pesakit bagi tahap 1 dan 2 yang disahkan positif yang sudah melepasi penilaian oKKM untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, @pvencessfatin meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan seorang individu positif Covid-19 yang bertindak keluar dari rumahnya dengan alasan untuk menghirup udara segara.

Menerusi perkongsiannya, dia turut berkongsi video yang dimuat naik individu berkenaan berserta kenyataannya didalam video tersebut yang berpendapat pesakit Covid-19 perlu mendapatkan udara segara sekurang-kurangnya 15 min dalam sehari.

Malah individu tersebut turut meminta jiran-jirannya agar tidak berasa takut dengan kehadiran mereka dipercayai merujuk kepada tindakannya berada di luar rumah walaupun sudah disahkan positif.

Menerusi perkongsian sama oleh pengguna Twitter tersebut, dia dimaklumkan kejadian tersebut berlaku di Saujana Aman, berdekatan puncak Alam dan Saujana Utama .

Dia yang turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan seseorang dipercayai penduduk disana turut mengesahkan yang wanita tersebut sememangnya positif Covid-19.

Menerusi tangkap layar perbualan itu juga, satu laporan polis telah dibuat dan kes berkenaan kini dalam siasatan polis.

Jelas wanita itu lagi, video asal yang dikongsikan pengguna TikTok berkenaan juga sudah dipadamkan dari laman berkenaan.

Perkongsian tersebut nyata menggusarkan orang ramai yang menyifatkan dia seolah tidak tahu bagaimana virus tersebut merebak.

Malah ramai mengecam tindakannya yang disifatkan penting diri malah tidak patuh pada arahan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian wabak tersebut.

Habis tu dalam rumah oksigen kena subscribe ke?

Dalam rumah tak dapat oksigen free ke?

Aku positif nak buka pintu rumah pun serba salah

Namun setakat ini belum terdapat sebarang pengesahan dari pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. Kami akan mengemaskini artikel ini jika terdapat pemberitahuan dari pihak berkuasa.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

41 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

54 mins ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

4 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

6 hours ago