fbpx
Now Reading
Jenama Tempatan Kegemaran Askar British Yang Sudah Lebih 100 Tahun, Ini Antara Kisah Sos Cili Lingham Yang Ramai Tak Tahu

Jenama Tempatan Kegemaran Askar British Yang Sudah Lebih 100 Tahun, Ini Antara Kisah Sos Cili Lingham Yang Ramai Tak Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut sahaja tentang sos cili, antara sos yang pasti menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia tidak lain dan tidak bukan jenama Life, Kimball, Maggi , Aminah Hassan dan juga Lingham.

Namun diantara kesemua jenama cili di atas tahukah anda bahawa sos cili Lingham adalah sos cili produk tempatan yang paling awal dihasilkan?

Menerusi satu perkongsian oleh saluran popular, History Asia di Facebook mereka, Sos Cili Lingham sudah mula wujud seawal tahun 1900-an .

Mula bertapak di Pulau Pinang pada 1908 selepas diasaskan oleh Lingham, seorang migran dari India, nama Sos Cili yang diambil bersempena dengan namanya itu mula menjadi perbualan pegawai british di Tanah Melayu.

Jadi kegemaran kerana ‘sesuai’ dengan makanan barat

Difahamkan makanan tersebut menjadi kegemaran mereka kerana sos yang dihasilkan pekerja Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) itu mempuyai beberapa rasa berbeza iaitu pedas, masam dan manis sekaligus ‘masuk’ dengan makanan Eropah.

Selain itu sos cili tersebut langsung tiada bahan pengawet dan pewarna sebaliknya hanya menggunakan bahan-bahan seperti cili merah segar, cuka, gula dan garam.

Disebabkan terdapat ribuan pegawai british di seluruh negara, perlahan-perlahan sos cili Lingham mula dikenali di serata negara.

Malah kerana rasanya yang begitu sedap, tentera British kemudian memasukkan cili tersebut sebagai sebahagian dari ration mereka sewaktu perang dunia kedua.

Percaya atau tidak, legasi tersebut masih diteruskan sehingga ke hari ini dikalangan askar British yang sedang bertugas di luar negara mereka antaranya di Afghanistan.

Surat dihantar seorang askar british di afghan kepada pemilik Sos cili Lingham

Resepi dibeli oleh seorang kerani Cina

Berbalik kepada kisah Lingham, sebaik perang dunia ke-2 tamat, atau lebih tepatnya pada 1949, Ooi Choo Hong, seorang kerani Cina yang bekerja dengan sebuah syarikat perdangan British Henry Waugh Co. Ltd. menawar diri untuk membeli resepinya.

Sebagai ganti, dia akan membayarkan tiket pulang Lingham ke India. Dia yang begitu merindui kampungnya kemudian bersetuju dengan tawaran tersebut.

Dari situ Choo Hong mula membangunkan sos cili Lingham secara komersial. Disebabkan jenama Lingham sudah popular hingga ke United Kingdom, dia kemudiannya memilih untuk kekal dengan nama tersebut.

Syarikat Lingham & Sons Didaftarkan pada 1971

Selepas beberapa perubahan dan pertukaran hak milik, Syarikat Lingham & Sons (M) Sdn Bhd akhirnya ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pemilik jenama sos Cili Lingham.

Kilang asal Lingham di Pulau PInang

Dan hasilnya, Lingham terus menjadi salah satu pengeluar jenama cili yang paling popular di dunia dengan lebih 20 rangkaian pengedaran antaranya di UK, Belanda, Denmark, Estonia, Finland, Norway, Sweden, United States of America, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, India, Kuwait, United Arab Emirates, Hong Kong, Indonesia, Japan, Maldives, Singapore, Vietnam dan Afrika Selatan.

Difahamkan Lingham & Son kini dimiliki oleh sepenuhnya oleh Biz-Allianz International. Ekoran dari itu, kilang mereka yang sebelum ini terletak di Mak Mandin Industrial Estate di pindahkan ke kilang terkini yang berada di Selangor.

Pemilik terkini LIngham, Yeoh Jin Beng.

Perkhabaran tentang Lingham dan anaknya, tak siapa pun yang tahu, namun satu yang pasti nama dan resepi mereka terus kekal menjadi kegemaran orang ramai di seluruh dunia.

Foto header kredit : Varnam

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.