fbpx
Now Reading
KMSB Motor & Suzuki Jalin Usahasama Lancar Jenama Motosikal Nasional Kedua, AFAZ

KMSB Motor & Suzuki Jalin Usahasama Lancar Jenama Motosikal Nasional Kedua, AFAZ

Menerusi perjanjian ini, Suzuki bersetuju membekalkan komponen penting untuk KMSB membangunkan motosikal AFAZ.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih beberapa dekad, Malaysia kini mempunyai satu lagi jenama motosikal nasional selain Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).

Ianya selepas KMSB Motors Sdn. Bhd. (KMSB) menandatangani perjanjian usahasama teknikal dan pembekalan bersama pembekal motosikal popular dari Jepun, Suzuki Motor Corporation (SMC) Jepun pada Jumaat (15 Sept) sekaligus memperkenalkan jenama motosikal nasional kedua negara iaitu, AFAZ.

Majlis tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

KMSB diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB Motors Sdn. Bhd. (AMI), Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya manakala SMC diwakili oleh Presiden, Toshihiro Suzuki.

KMSB menerusi satu kenyataan berkata, usahasama ini juga merupakan kelangsungan kepada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan (AM-2) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah disempurnakan pada 23 Ogos 2022.

Suzuki bekal komponen, KMSB bangunkan motosikal AFAZ

Melalui perjanjian ini, Suzuki bersetuju membekalkan komponen penting untuk KMSB membangunkan motosikal AFAZ.

Di dalam kenyataan sama, KMZB berkata inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memangkin industri otomotif dua-roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 buah motosikal yang dipasarkan sepanjang tahun 2022.

“”Secara langsung ia akan menyumbang kepada keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja, dan pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran yang pastinya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.”

Perjanjian ini juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023.

NIMP bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.

Sekaligus Malaysia berpotensi menjadi kuasa penting dalam menjayakan 4 misi luas NIMP2030 yang disokong oleh 4 penggerak utama yang mengintegrasikan PKS dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

“AFAZ, jenama yang diperkenalkan oleh KMSB, akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran & Inovasi (RDCI) tempatan dengan fokus yang jelas terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi. AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan dan sekaligus bersaing di peringkat ASEAN dan global. “

Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa dengan menerapkan unsur estetika kontemporari dan moden dalam reka bentuk mereka. Aktiviti ini juga turut melibatkan aktiviti kejuruteraan yang menitikberatkan peraturan terkini antarabangsa UNECE (WP.29).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.