fbpx
Now Reading
Kardinal Stick Lancar ‘Lumina’, Produk Vape Yang Mampu Ceriakan Gaya Hidup Bebas Asap Rokok

Kardinal Stick Lancar ‘Lumina’, Produk Vape Yang Mampu Ceriakan Gaya Hidup Bebas Asap Rokok

Lumina hadir dengan mekanisme ketukan pelbagai fungsi, antaranya untuk menukar warna LED dan mengaktifkan ciri ‘child lock’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Untuk pencinta persekitaran bebas asap dan pengguna produk alternatif rokok, jenama barangan vape, Kardinal kini hadir dengan satu lagi produk terbaharu yang diberi nama Lumina.

Lumina adalah sejenis peranti ‘closed-pod’. Secara ringkasnya, pod e-liquid boleh ditukar dengan yang baru apabila kehabisan—ganti jer pod dan kekal guna peranti yang sama! 

Ia bukan hanya memberi fokus pada prestasi, bahkan turut mengutamakan reka bentuk yang estetik dan mesra pengguna bagi memastikan usaha menjadikan persekitaran bebas-asap pada masa yang akan datang lebih stailo.

Sumber: TRP/BuzzKini

PSA: Tak kiralah asap berkepul atau sedikit, sebaiknya jadilah pengguna yang bertanggungjawab untuk tidak menghembuskan asap sesuka hati terutamanya jika terdapat kanak-kanak dan warga emas di sekeliling.

Design yang classy & penuh warna-warni

Lumrah manusia, apabila melihat sesuatu yang cantik pasti terpikat kan? Jadi kami yakin, sebaik sahaja melihat reka bentuk vape ini pasti korang akan terpikat.

Peranti pod Lumina ini direka dengan bentuk yang nipis dan selesa dipegang. Ia turut tampil dengan alur lampu LED RGB di bahagian kiri dan kanan device yang akan ‘mewarnai’ setiap sedutan korang!

Ya! Kami tak main-main. Dengan setiap sedutan, lampu tersebut akan menyala sebagai satu indikasi yang korang sedang ‘bervaping’.

Dari segi pemprosesan, Lumina dikuasakan cip K6 serba baharu dan ceraKoil™ generasi ke-6 iaitu gulungan seramik bersih keluaran terkini dan dipadankan dengan pod KSpod terkini 2.5ml.

Direka untuk lebih tahan lama! Pengecasan minimum penggunaan maksimum

Dari segi ketahanan pula, walaupun vape Lumina ini hanya seberat 19g (tidak termasuk pod) dan bersaiz sederhana (118.46 x 19.6 x 10.6mm), ia mampu bertahan sepanjang hari – dengan  kecekapan tenaga K6 yang mengagumkan.

Malah kami faham barisan vape terbaharu ini direka khusus untuk sesi penggunaan yang lebih lama berbanding siri terdahulu.

Proses pengecasan juga agak singkat. Korang hanya perlukan masa sekitar 20 minit untuk bateri mencapai kapasiti kuasa penuh.

Sumber: Kardinal Stick

Vape Yang Sempoi & Warna Menawan 

Pilihan warna apa yang ada untuk para pengguna? Bagi korang yang sukakan warna ceria dan menawan tak perlu khuatir kerana terdapat 5 pilihan warna yang ditawarkan.

Kesemuanya pula adalah warna matte yang classy dan pastinya kegemaran ramai iaitu Coral Red, Moss Green, Slate Grey, Champagne Gold dan Oceanic Blue.

Sumber: Kardinal

Lampu LED dengan dua mod tetapan cahaya iaitu standard dan juga berwarna-warni menambahkan lagi keunikan Lumina. Sudahlah mesra pengguna, stailo pula penampilannya!

Mod ini boleh diubah hanya dengan mengetuk port USB sebanyak tiga kali. 

Sama seperti mod cahaya, ketukan sebanyak lima kali pada port USB akan mengaktif dan menyahaktifkan mode kunci atau ‘child lock’. Fungsi ini jelas membuktikan komitmen Kardinal berhubung isu had umur bagi penggunaan sebarang produk bernikotin.  

Tampil dengan 27 Perisa Unik 

Lumina muncul dengan 27 rasa memukau di mana setiap satu melalui proses  ‘artisanal treatment’ yang sama sejak Kardinal bermula sebagai pengeluar e-liquid popular.

Sumber: Kardinal

Untuk senarai penuh 27 flavour e-liquid, korang boleh semak di sini.

Bersempena dengan ‘kemunculan’ Lumina, team kami telah diberi peluang untuk mencuba vape ini berserta beberapa flavour e-liquid terbaharunya. 

[Review]    

Sumber: BK

Dari segi ‘throat hit’, dari  puff yang pertama, tekak kami dah agak terkejut dek kerana rasanya yang agak ‘keras’. Walaupun keras, tetapi ia tetap menyenangkan. 

Sebagai vaper tegar, kami rasa  pembakaran yang dihasilkan peranti ini sesuai untuk korang yang gemarkan rasa yang sensasi di setiap sedutan. 

Boleh dikatakan semuanya  dilihat seimbang, baik dari segi throat hit hinggalah ke rasa perisa e-liquidnya. Jika diringkaskan ungkapan yang paling sesuai adalah ‘Nikmat untuk tekak, sedap di lidah!’ 

Bagi review kali ini, team Kardinal telah menghantar kami vape Lumina dan juga empat perisa e-liquid iaitu: 

  • Classic Tobacco
  • Mineral 
  • Peach
  • White Slush
Sumber: BK

Dari segi perisa, kesemua e-liquid yang kami peroleh boleh dikatakan agak mild dan tidak terlalu manis. Ini sememangnya ‘satu plus point’ kerana tidak ramai vaper yang menggemari rasa manis melampau.

Peranti Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 sahaja.

Produk Lumina ini boleh didapati di semua cawangan sah.

Klik SINI untuk mencari kedai yang menawarkan produk Kardinal Stick dan untuk maklumat lanjut boleh terus layari Facebook, Instagram Kardinal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.