fbpx
Now Reading
LEGO Lancar ‘Play Unstoppable’, Kempen Perkasakan Kanak-Kanak Perempuan

LEGO Lancar ‘Play Unstoppable’, Kempen Perkasakan Kanak-Kanak Perempuan

Bersempena dengan pengumuman pelancaran tersebut yang jatuh pada cuti sekolah, LEGO juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk bengkel LEGO Creativity Camp di Sunway Velocity Mall dari 3 dan 4 Mac.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

The LEGO Group pada Mac baru-baru ini mengumumkan pelancaran Play Unstoppable, kempen yang bermatlamat memupuk kanak-kanak perempuan untuk bereksperimen dan menyerlahkan kreativiti masing-masing secara bebas.

Bersempena dengan pengumuman pelancaran tersebut yang jatuh pada cuti sekolah, LEGO juga telah menganjurkan bengkel LEGO Creativity Camp di Sunway Velocity Mall dari 3 dan 4 Mac.

Acara yang berlangsung meriah itu turut dihadiri oleh ratusan kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun bersama ibu bapa yang begitu bersemangat untuk meningkat dan menyerlahkan kreativiti puteri kesayangan mereka.

Memperkasakan keyakinan kreatif menerusi permainan

Seiring dengan kempen Play Unstoppable atau Bermain Tanpa Batasan, LEGO berharap permainan kreatif dapat mencungkil potensi kreatif kanak-kanak perempuan dan membebaskan mereka daripada tekanan dalam mencapai kesempurnaan.

Dengan kepelbagaian tema LEGO, pasti kanak-kanak ini dapat membina pelbagai jenis dunia mereka sendiri antaranya dengan:

  • LEGO Friends
  • Disney Princess™
  • Creator
  • Classic
  • DREAMZzz™
  • Harry Potter™
  • Minecraft®
  • Gabby’s Dollhouse dan tema baharu Animal Crossing™

Sebagai contoh, permainan bertema LEGO Friends dirangka untuk memaparkan pelbagai adegan yang berasaskan pengalaman dunia sebenar antaranya binteraksi dengan isu alam sekitar seperti penanaman pokok, pemuliharaan haiwan dan kenderaan elektrik.

Yang lebih menariknya, kanak-kanak boleh menggabungkan set-set berbeza untuk membina sebuah kejiranan ‘Friends’ yang pastinya seronok jika dimainkan bersama keluarga dan kenalan.

Set permainan LEGO DREAMZzz juga tidak kurang hebatnya! Tema playset yang memaparkan set bangunan inovatif yang menggunakan story-led instructions ini pasti membuatkan kanak-kanak teruja untuk membina segala jenis makhluk mahupun objek seperti kereta yang sebelum ini hanya dapat diimpikan.

Pada tahun ini, antara set baharu yang diperkenalkan termasuklah:

  • 42614 LEGO® Friends Vintage Fashion Store
    Playset yang pasti mengujakan pemain LEGO muda dengan tema busana kitar semula sambil mengajar mereka tentang kelestarian.
  • 43246 LEGO® Disney Princess™ Market Adventure
    Playset bertemakan Puteri Disney yang begitu terperinci sekali gus dapat memberikan peminat berimaginasi sambil bermain.
  • 31156 LEGO® Creator Tropical Ukulele
    Set yang menawarkan tiga pengalaman main dan bina yang berbeza.
  • 71476 LEGO® DREAMZzz™ Zoey dan Zian the Cat-Owl
    Diinspirasikan dari rancangan TV, playset ini membolehkan kanak-kanak mengembara ke dunia impian untuk membantu Zoey menyelamatkan Zian daripada Night Hunter yang jahat.
  • 77050 LEGO® Animal Crossing™ Nook’s Cranny & Rosie’s House
    Playset rumah dan watak-watak bertemakan dari dunia Animal Crossing Set yang membolehkan kanak-kanak berimaginasi seolah-olah berada di dalam siri game popular itu.

Pembimbing Ibu Bapa, Jacinth Liew dari Our Litte Playnest turut memeriahkan acara di Sunway Velocity Mall itu apabila berkongsi cara-cara yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka.

Antaranya dengan mendorong anak-anak gadis mereka bereksperimentasi, mengambil risiko kreatif (creative risks) selain menerima kegagalan menerusi permainan LEGO antaranya:

  • Bina trofi LEGO untuk satu sama lain dengan set 42620 LEGO Friends Olly and Paisley’s Family Houses sambil membincangkan dan meraikan kekuatan masing-masing. Ini akan membantu membina ikatan kekeluargaan yang saling menyokong sesama ahli keluarga, membina keyakinan diri anak anda dan memberikannya kesedaran bahawa pandangan dan perasaan mereka penting.
  • Menggunakan blok permainan LEGO dan mencipta binaan dengan 42604 LEGO Friends Heartlake City Shopping Mall untuk menceritakan sebuah kisah. Dalam proses penciptaan, kita pasti menghadapi halangan tetapi dengan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, kita boleh membina kemahiran yang menggalakkan perkembangan diri.
  • Cetus daya imaginasi anak anda dengan mendorong mereka membina gedung fesyen masa depan dengan 42614 LEGO Friends Vintage Fashion Store. Galakkan anak anda berfikir di luar kelaziman dan biarkan mereka menggunakan sepenuhnya daya imaginasi masing-masing.

Sewaktu majlis itu berlangsung turut dipaparkan diorama kombinasi tiga playset di atas yang apabila digabungan menjadi satu kejiranan Friends.

Kejiranan Lego Friends hasil gabungan tiga playset

Set LEGO boleh didapati di Gedung Sah LEGO®, Gedung Rasmi LEGO di Lazada, Shopee, LEGOLAND™, dan juga peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.