fbpx
Now Reading
“Senang2 Ambil Rekaan Aku” – Pemuda Kecewa Sampai Menangis Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Popular

“Senang2 Ambil Rekaan Aku” – Pemuda Kecewa Sampai Menangis Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Popular

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kecewa jika hasil idea dan titik peluh kita dalm mengahsilkan sesuatu produk diciplak begitu sahaja oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Melainkan jika dia seorang yang berharta dan mempunyai pengaruh besar, keadaan sebegini pasti membuatkan kita kecewa hingga terduduk.

Terbaru, seorang pengasas tudung yang sedang meninngkat naik meluahkan rasa kecewanya apabila konsep rekaan tudung milikny diciplak oleh satu jenama tudung popular yang dimiliki seorang usahawan wanita.

 Yusfariq, pengasas tudung jenama The Jasmine  menerusi TikTok meluahkan rasa kecewanya dengan usahawan wanita tersebut dengan apa yang terjadi

She copied my idea this time

@yusfariq

💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. #thejasmine #bawalmagnetic

♬ original sound – Abe Yus 🇲🇾🇮🇩 | TJ

Dia yang begitu kecewa dengan situasi tersebut turut dilihat menangis teresak-esak sambil menyifatkan usahanya sejak dua tahun lalu terbiar begitu sahaja apabila diciplak sebegitu rupa.

“Senang-senang nak ambik idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal. Tapi she used to be my idol” katanya didalam video tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama didalam video tersebut. Tambahnya lagi, idea menggunakan magnet tersebut adalah idea asalnya dari 2019 lagi.

Aku tahu aku tak mampu nak lawan brand besar dia sebab dia seseorang yang dikenali dalam industri. Saya bukan siapa-siapa, jenama tudung saya pun kecil dan awak boleh ambil idea orang lain macam tu je.

“Sakit hati bila ada orang ambil idea tu sedang mereka tak tahu betapa susahnya aku nak kekalkan produk ni dalam market.

Difahamkan The Jasmine sudah mula menghasilkan tudung bawak magnetik bagi menggantikan penggunaan pin sejak tahun 2019.

Dengan penggunaan dua mangnet tersebut, yang disambungkan di bawah, tudung tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian penggunanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.