fbpx
Now Reading
Konon Tunjuk Pakai Helmet, Sekali Polis Minta Berhenti Sebab Cermin Sisi ‘Lesap’ [ Video]

Konon Tunjuk Pakai Helmet, Sekali Polis Minta Berhenti Sebab Cermin Sisi ‘Lesap’ [ Video]

Anggota polis itu bagaimanapun meminta lelaki berkenaan berhenti di bahu jalan selepas menyedari motosikal ditunggangnya tidak mempunyai cermin sisi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap yang menunggang dan juga pembonceng motosikal perlu memakai topi keledar atau helmet.

Malah mereka yang tidak memakainya boleh dikenakan tindakan undang-undang jalan raya kerana boleh membahayakan keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak dingini.

Gelagat pemuda ketuk cermin peronda polis buat ramai terhibur

Namun gelagat seorang pemuda yang tular di TikTok pada baru-baru ini telah menarik perhatian ramai yang terhibur dengan sikapnya.

Menerusi video tersebut kelihatan lelaki berkenaan menunggang motosikal sambil merakam dirinya menunjukkan dia memakai topi keledar.

Malah, dia ddengan beraninya bertindak mengetuk cermin kereta peronda polis konon untuk membuktikan dia telah memakai helmet.

“Hari ni aku pakai helmet, haa mantap lah (sambil mengetuk cermin kereta peronda). Encik malam ni saya pakai helmet,” katanya kepada seorang anggota polis.

Plot Twist: Polis minta berhenti sebab cermin sisi tak ada pula

Tindakannya itu membuatkan anggota berkenaan pelik kerana secara tiba-tiba memaklumkan tentang helmet tersebut. Lalu pemuda itu menjawab yang dia sebelum ini disaman kerana tidak memakai topi keledar.

Perkara itu diberitahu oleh pemuda berkenaan dengan nada yang bangga kerana yakin kali ini dia mengikut setiap peraturan jalan raya.

Namun tiba-tiba anggota berkenaan perasan motosikal pemuda itu tidak mempunyai cermin sisi yang juga adalah antara kesalahan jalan raya. Polis lalu meminta lelaki tersebut untuk berhenti di bahu jalan.

“Ni side mirror (cermin sisi) tak ada, parking tepi,” kata polis tersebut.

Dalam satu lagi video, pemuda berkenaan turut menunjukkan pada awal Februari lalu dia telah ditahan oleh anggota polis kerana tidak memakai helmet.

Melihat di ruangan komen, tindakan lelaki itu membuatkan orang ramai ketawa dan menyifatkan lelaki itu mencari penyakit (serah diri). Video lelaki itu turut tular di laman X (Twitter).

“Biasa orang jumpa polis lari, kau cari polis cari penyakit”

“Tak ada penyakit pergi cari penyakit haa kan dah kena”

“Ya Allah rajinnya pergi ketuk cermin kawan tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.