Kami yakin semua sudah cukup tahu yang Pulau Langkawi, Kedah akan kembali dibuka dan boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara mulai 16 September ini.
Ini termasuk negeri Fasa 1 PPN (Pelan Pemulihan Negara) kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 16 September nanti.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, namun begitu terdapat beberapa proseduer yang perlu dipatuhi orang ramai yang ingin melancong ke Langkawi antaranya hanya pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi dibenarkan selain pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
“Hari ini kementerian mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.
“Antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi mereka yang berumur berumur bawah 18 pula, sebarang pergerakan adalah bersama penjaga yang lengkap divaksinasi dan tiada had umur untuk kemasukan ke pulau berkenaan.
“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya lagi.
Terdapat dua cara dibenarkan untuk ke Langkawi iatu menggunakan jalan darat dan juga jalan udara.
Namun bagi jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri yang akan ke Langkawi. Namun pengecualian diberikan kepada mereka yang dari Kedah dan Perlis.
Bagi pengangkutan udara pula pelancong tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.
Semak di bawah SOP yang perlu dipatuhi dan senarai aktiviti-aktiviti gelembung pelancogan yang dibenarkan disana.
Baca artikel berkaitan :
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…