Dulu Diislamkan Kini Adam Corrie Bantu Saudara Baru Lafaz Dua Kalimah Syahadah [Video]

Jika dahulu pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu, namun siapa sangka kini beliau sudah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam.

Terbaru, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi Facebook telah berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengislamkan beberapa individu berbangsa cina dan juga India.

Menerusi video sama beliau turut dilihat mengajar kedua-dua pasangan tersebut mengucap dua kalimah syahadah sambil disaksikan beberapa individu.

“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang penuh keberkatan . Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara-saudaraku..

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” – (Al-Kahfi:10)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali Imran :8 )” tulis beliau menerusi posting tersebut.

Sebagai rekod Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika usianya 39 tahun. Beliau sejak bergelar mualaf pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada 2017 lalu.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

11 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

12 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

14 hours ago